Loading...

PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan

Loading...
PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan
link : PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan

Baca juga


PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP akan mengemukakan saman terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kerana melucutkan jawatan salah seorang wakil rakyatnya selewat-lewatnya Selasa ini.
 
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata perkembangan selanjutnya mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pujut akan diputuskan sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat kewajaran saman berkenaan.
 
"Kita akan menyaman DUN Sarawak dan lihat bagaimana SPR putuskan. Kemudian baru kita akan beri komen," katanya ringkas kepada Antarapos, hari ini.
 
DAP sebelum ini dilaporkan berang dengan tindakan DUN Sarawak yang didakwanya melampaui kuasa mahkamah apabila memecat ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon berhubung isu kerakyatan.
 
Parti itu turut menyalahkan SPR yang didakwanya tergesa-gesa mengumumkan kekosongan kerusi tersebut sebaik sahaja menerima pengesahan daripada Speaker DUN Sarawak.
 
Dalam pada itu Chong berharap keputusan dari saman terhadap DUN Sarawak diketahui segera agar PRK Pujut tidak diadakan.
 
"(Berharap) mungkin tidak ada pilihan raya. (Tetapi) bergantung kepada bagaimana kita hendak lawan (DUN Sarawak)," ujarnya lagi.
 
Kelayakan Dt Ting lucut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh merangkap presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang beliau mempunyai 2 kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.
 
Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 adun, manakala 10 yang lain membantah.
 
Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 Mei 2016, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan 3 calon lain, iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).
 
 


Thus Article PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan

Itulah artikel PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/prk-pujut-dap-kemukakan-saman-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRK Pujut: DAP kemukakan saman DUN Sarawak minggu depan"

Catat Ulasan

Loading...