Loading...

PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri

Loading...
PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri
link : PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri

Baca juga


PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri

Muhammad Azizul Osman



KUALA LUMPUR – “Kedudukan PPBM Perak khususnya pada masa ini adalah masih tetap teguh,” demikian penjelasan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md. Nor.

Kenyataan menyedapkan hati itu dikeluarkan Kamarudin setelah lebih 1,000 ahli parti itu di Perak bertindak keluar parti beramai-ramai sekaligus menunjukkan parti itu kini lumpuh di negeri berkenaan.

“Tahap perpaduan alam ikalangan 20 lagi ketua-ketua penaja bahagian adalah sangat kuat dibawah pengerusi badan pimpinan negeri.

“Bahagian-bahagian yang ketuanya telah meletakkan jawatan akan segera mendapat Ketua baru apabila urusan perlantikannya selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PPBM dengan itu menafikan bahawa peringkat parti itu kini dibadai gelombang biarpun tidak sampai setahun ditubuhkan.

“Saya menganggap peristiwa ini sebagai proses saringan untuk memisahkan sekam dari padi. Saya merasa bersyukur kerana dalam kes seperti ini kumpulan sekam sendiri yg bertindak untuk berpisah dan bukan Pimpinan Pusat yang terpaksa berbuat demikian,” tambah Kamarudin.

PPBM sebelum ini menyaksikan perletakan jawatan 4 ketua penaja bahagian dan seorang exco Srikandi Pusat.

Awal hari ini, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar mana-mana individu agar menamakan semua 1,000 ahli parti itu di negeri Perak yang bertindak keluar parti baru-baru ini.

Jumlah itu katanya, mungkin sekadar rekaan semata-mata bagi membayangkan parti setahun jagung itu goyah di peringkat negeri itu. -MalaysiaGazette.




Thus Article PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri

Itulah artikel PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ppbm-sedapkan-hati-nafi-pergolakan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM sedapkan hati, nafi pergolakan di negeri"

Catat Ulasan

Loading...