Loading...
Tajuk : PPBM Harap "Tun Dr Mahathir" Di Lantik Sebagai Pengerusi Pakatan
link : PPBM Harap "Tun Dr Mahathir" Di Lantik Sebagai Pengerusi Pakatan
PPBM Harap "Tun Dr Mahathir" Di Lantik Sebagai Pengerusi Pakatan
PETALING JAYA: PPBM hari ini menafikan ia cuba mendominasi Pakatan Harapan (PH) dengan menuntut jawatan tertinggi presiden dan pengerusi gabungan itu, sebaliknya berkata bersedia berkompromi melalui perbincangan dengan 3 rakan komponen lain.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor berkata parti itu kini cuma mencadangkan agar jawatan pengerusi PH diberikan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Cadangan asal PPBM untuk meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden PH adalah untuk memantapkan kepimpinan PH secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU 14 berasaskan pengalaman luasnya menerajui jentera pilihan raya.
“Namun PPBM sedia berkompromi bagi jawatan presiden PH atas semangat musyawarah,” katanya.
Kamaruddin berkata partinya sudah menyampaikan cadangan itu pada mesyuarat PH pada 9 Jun, dan bersedia menerima sebarang keputusan sekiranya ia dipersetujui sebulat suara oleh parti lain.
PH turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah. Gabungan itu berhasrat menyertai PRU akan datang menggunakan logo sama.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata gabungan itu terpaksa menunda tarikh pendaftarannya sehingga selesai beberapa keputusan menyentuh struktur organisasi. #sumber
Thus Article PPBM Harap "Tun Dr Mahathir" Di Lantik Sebagai Pengerusi Pakatan
Itulah artikel PPBM Harap "Tun Dr Mahathir" Di Lantik Sebagai Pengerusi Pakatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PPBM Harap "Tun Dr Mahathir" Di Lantik Sebagai Pengerusi Pakatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ppbm-harap-tun-dr-mahathir-di-lantik.html
0 Response to "PPBM Harap "Tun Dr Mahathir" Di Lantik Sebagai Pengerusi Pakatan"
Catat Ulasan