Loading...
Tajuk : Polis Terbuka Terima Aduan Menerusi Laman Sosial
link : Polis Terbuka Terima Aduan Menerusi Laman Sosial
Polis Terbuka Terima Aduan Menerusi Laman Sosial
JOHOR BAHRU: Polis terbuka dalam menerima sebarang aduan yang dimuat naik menerusi laman media sosial, selagi ia tidak mengaibkan pasukan keselamatan itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah menjalankan siasatan walaupun sesuatu aduan berkenaan dimuat naik dalam laman sosial.
Bagaimanapun katanya, polis boleh mengambil tindakan sekiranya aduan berkenaan mempunyai unsur atau bersifat memburukkan imej pasukan itu.
"Kita (polis) terbuka sekiranya ada pihak yang memuat naik sebarang aduan atau pun maklumat menerusi media sosial.
Namun, perlu dipastikan setiap maklumat atau aduan yang dimuat naik itu benar-benar sahih dan bukannya berniat untuk mengaibkan pihak polis," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat Asisten Superintendan (ASP) dan Sarjan peringkat Johor di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan seorang pemimpin DAP Johor yang memuat naik senarai lokasi pusat judi haram di kawasan Gelang Patah dalam laman Facebook miliknya, baru-baru ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata, beliau juga sudah mengarahkan semua ketua polis daerah supaya mengambil tindakan sekiranya aduan berkenaan wujud.
"Arahan saya jelas, memang polis akan bertindak sekiranya wujud pusat judi haram di mana-mana kawasan. Saya juga sudah memberi arahan kepada semua ketua polis daerah untuk memantau serta menjalankan operasi," katanya - BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRofGY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Polis Terbuka Terima Aduan Menerusi Laman Sosial
Itulah artikel Polis Terbuka Terima Aduan Menerusi Laman Sosial Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Polis Terbuka Terima Aduan Menerusi Laman Sosial dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/polis-terbuka-terima-aduan-menerusi.html
0 Response to "Polis Terbuka Terima Aduan Menerusi Laman Sosial"
Catat Ulasan