Loading...
Tajuk : Polis Beri Kerjasama Kesan Banduan Rakyat Malaysia Larikan Diri Dari Penjara Bali
link : Polis Beri Kerjasama Kesan Banduan Rakyat Malaysia Larikan Diri Dari Penjara Bali
Polis Beri Kerjasama Kesan Banduan Rakyat Malaysia Larikan Diri Dari Penjara Bali
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia memberi kerjasama bagi mengesan seorang banduan rakyat Malaysia yang dipercayai melarikan diri pada Isnin lalu dengan membuat terowong bawah tanah di sebuah sel di Penjara Kerobokan, Bali, Indonesia.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan memantau beberapa kawasan yang disyaki boleh menjadi tempat perlindungan sekiranya suspek cuba memasuki negara.
"Kita akan bekerjasama dengan pihak Indonesia untuk mengesan banduan terbabit jika betul suspek memasuki negara ini.
"Kita pantau semua tempat yang disyaki boleh menjadi tempat perlindungan suspek," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Ramadan bersama Celcom Axiata bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini.
Terdahulu Bernama melaporkan polis Bali meneruskan usaha memburu empat banduan warga asing termasuk seorang rakyat Malaysia yang dipercayai melarikan diri dengan membuat terowong bawah tanah di sebuah sel penjara di pulau peranginan itu pada Isnin.
Banduan rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Tee Kok King, 50, yang sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun enam bulan atas kesalahan pengedaran dadah. - Kosmo
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTorB8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Polis Beri Kerjasama Kesan Banduan Rakyat Malaysia Larikan Diri Dari Penjara Bali
Itulah artikel Polis Beri Kerjasama Kesan Banduan Rakyat Malaysia Larikan Diri Dari Penjara Bali Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Polis Beri Kerjasama Kesan Banduan Rakyat Malaysia Larikan Diri Dari Penjara Bali dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/polis-beri-kerjasama-kesan-banduan.html
0 Response to "Polis Beri Kerjasama Kesan Banduan Rakyat Malaysia Larikan Diri Dari Penjara Bali"
Catat Ulasan