Loading...
Tajuk : Polis Akan Kelaskan Kes Kematian T Nhaveen Kepada Jenayah Bunuh
link : Polis Akan Kelaskan Kes Kematian T Nhaveen Kepada Jenayah Bunuh
Polis Akan Kelaskan Kes Kematian T Nhaveen Kepada Jenayah Bunuh
KUALA LUMPUR : Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan polis akan mengelaskan semula kes kematian T Nhaveen, 18, yang dipukul dan diliwat dengan ganas Jumaat malam lalu sebagai kes bunuh.
“Kita akan klasifikasikan semula kes itu kepada bunuh,” kata ketua polis negara selepas majlis moreh bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Masjid Bukit Aman, di sini hari ini.
Kenyataan itu menyusuli gesaan orang ramai yang mahu penyerang T Nhaveen dikenakan tuduhan bunuh, selepas mangsa yang diisytiharkan mati otak selepas serangan ganas itu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini.
Polis berkata hospital memaklumkan mereka yang T Nhaveen meninggal dunia 6.00 petang tadi.
Pada 9 Jun lepas, Nhaveen dan kawannya T Previin, 19, yang bekerja sebagai promoter di Aeon Queensbay, pulang ke rumah di Gelugor selepas syif malam mereka.
Selepas singgah di gerai burger berhampiran rumah mereka, mereka diganggu 2 pemuda bermotorsikal, yang merupakan bekas rakan sekolah mereka. Pemuda berkenaan terus mengganggu Nhaveen kerana bersifat keperempuanan. Mangsa mengabaikan mereka tetapi Previin berasa jengkel.
Pemuda terbabit menganggap tindakan mangsa sebagai ancaman lalu memanggil 3 kawan mereka sebagai kumpulan sokongan. Previin sempat melarikan diri sebelum kumpulan sokongan itu tiba.
Mereka kemudian membawa Nhaveen ke padang di Jalan Kaki Bukit, 5 minit dari situ, di mana mereka didakwa menderanya. Mereka memukul Nhaveen dengan topi keledar dan kemudian didakwa memasukkan botol atau kayu ke dubur mangsa.
Sementara itu, Khalid turut diminta mengulas mengenai dakwaan di media sosial terdapat militan yang ditangkap di Masjid Sandakan, Sabah.
“Kita akan keluarkan satu kenyataan nanti,” katanya. #sumber
Thus Article Polis Akan Kelaskan Kes Kematian T Nhaveen Kepada Jenayah Bunuh
Itulah artikel Polis Akan Kelaskan Kes Kematian T Nhaveen Kepada Jenayah Bunuh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Polis Akan Kelaskan Kes Kematian T Nhaveen Kepada Jenayah Bunuh dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/polis-akan-kelaskan-kes-kematian-t.html
0 Response to "Polis Akan Kelaskan Kes Kematian T Nhaveen Kepada Jenayah Bunuh"
Catat Ulasan