Loading...

Piala FA: Pahang, Perlis bergaya

Loading...
Piala FA: Pahang, Perlis bergaya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Piala FA: Pahang, Perlis bergaya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Piala FA: Pahang, Perlis bergaya
link : Piala FA: Pahang, Perlis bergaya

Baca juga


Piala FA: Pahang, Perlis bergaya



 
ARKIB : 06/04/2006
Ads by Kiosked
Piala FA: Pahang, Perlis bergaya
Penyerang Pahang, Bernard Samuel Tchoutang (kanan) cuba melepasi halangan pemain pertahanan NTFA, R. Kumar sewaktu perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam. Pahang menang 6-0.

KUALA LUMPUR - Hanya Pahang dan Perlis memahatkan kemenangan bergaya sebagai bekalan terbaik untuk ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala FA, semalam.

Pahang yang belum pernah menjulang Piala FA setakat ini, paling cerah melangkah ke separuh akhir selepas berpesta gol menewaskan NTFA 6-0 di Stadium Darul Makmur.

Begitu juga dengan Naib Juara 2003, Perlis menggunakan kelebihan di tempat sendiri untuk mudah menewaskan Perak 2-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Bagaimanapun satu lagi tuan rumah, Terengganu tidak berupaya memahatkan kemenangan apabila terikat 0-0 bertemu Negeri Sembilan Naza.

Saingan suku akhir kedua akan berlangsung pada 19 April ini.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar dua gol menerusi penyerang import Philimon Chepita membantu Perlis menewaskan naib juara musim lalu, Perak 2-0.

Perlis membuka tirai jaringan pertama pada minit ke-17 menerusi sepakan kencang Chepita hasil hantaran ketua pasukan Manzoor Azwira.

Perak yang tertekan cuba mencari gol menerusi gandingan Abdoulaye Traore dan Keita Mandjou tetapi sukar menembusi benteng Perlis.

Belum sempat Perak memperoleh gol penyamaan, Perlis terus kukuh dengan tandukan gol kedua Chepita hasil hantaran cantik Mohd. Ivan Yusof pada minit ke-63.

Di Stadium Darul Makmur Pahang, tidak berdepan tugas getir apabila membelasah pasukan berstatus kelab, NTFA 6-0.

Kemenangan berpesta gol itu mencerahkan laluan Pahang untuk ke separuh akhir.

Pahang yang belum pernah menjulang Piala FA menggunakan kesempatan dengan aksi NTFA bermain dengan sepuluh pemain apabila penyerangnya G. Jayaraman dilayangkan kad merah pada minit ke-26.

Penyerang importnya, Bernard Tchoutang mencipta jaringan hatrik pada minit ke-12, 19 dan 64.

Manakala dua gol lagi menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-38 dan 61 serta satu gol lagi melalui Josiah Seton pada minit ke-70.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu gagal menggunakan kesempatan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Negeri Sembilan Naza.

KEPUTUSAN

PAHANG 6 NTFA 0

PERLIS 2 PERAK 0

TERENGGANU 0 NEGERI SEMBILAN NAZA 0

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2rZB9n2
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Piala FA: Pahang, Perlis bergaya

Itulah artikel Piala FA: Pahang, Perlis bergaya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Piala FA: Pahang, Perlis bergaya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/piala-fa-pahang-perlis-bergaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Piala FA: Pahang, Perlis bergaya"

Catat Ulasan

Loading...