Loading...

Piala FA milik Pahang

Loading...
Piala FA milik Pahang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Piala FA milik Pahang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Piala FA milik Pahang
link : Piala FA milik Pahang

Baca juga


Piala FA milik Pahang



ARKIB : 21/05/2006
Oleh: AMRAN MULUP dan NORZIE KHASBI
 
JUARA...SKUAD Pahang girang meraikan kejayaan bergelar juara Piala FA selepas menewaskan Perlis menerusi sepakan penalti 4-2 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.- Gambar ABDUL RAHMAN SALEH.

KUALA LUMPUR - Kekecewaan Pahang pada 1995 akhirnya terubat apabila dimahkotakan selaku juara Piala FA edisi ke-17 selepas menewaskan Perlis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Skuad Tok Gajah terpaksa mengerah keringat sehingga mengharungi 120 minit babak perlawanan termasuk masa tambahan sebelum mendakap gelaran pertama persaingan bola sepak kalah mati negara itu selepas hanya muncul naib juara pada 1995.

Ketua pasukan, Norhafiz Zamani Misbah muncul wira Pahang setelah meledakkan penalti keempat selepas Mitchell James Prentice, Josiah Seton dan Indra Putra Mahyuddin menyempurnakannya.

Buat Perlis, hanya Manzoor Azwira Wahid dan Madzlan Emoi menyepak masuk sedangkan sepakan Efendi Malik terkena palang dan Mohd. Lamin Conteh sempat diselamatkan penjaga gol Pahang.

Perlawanan akhir Piala FA ini merupakan kali ketiga yang ditentukan menerusi sepakan penalti selepas 1999 dan 2000 yang menyaksikan Kuala Lumpur dan Terengganu memenanginya.

Babak awal permainan ternyata kurang menyerlah akibat corak permainan berhati-hati kedua-dua pasukan malah tidak banyak gerakan cantik atau percubaan tepat menyapa pintu gol Pahang mahupun Perlis.

Hanya pada minit ke-24, sepakan percuma pemain Perlis, Adrien Jurad Chamrong sedikit mencabar kewibawaan penjaga gol Pahang, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi.

Peluang terbaik mencipta jaringan Pahang muncul pada minit ke-27 namun sepakan lemah Josiah Seton sekadar singgah tepat ke dakapan penjaga gol Perlis, Amran Omar.

Pahang terpaksa mengeluarkan ketua pasukan, Hairuddin Omar untuk digantikan dengan pemain veteran, Azizul Kamaluddin akibat kecederaan yang kemudiannya bertukar pula dengan Ahmad Wahid.

Pada minit ke-53, skuad Singa Utara nyaris-nyaris memecah kebuntuan jaringan gol apabila sepakan kencang Adrien ditepis keluar oleh Iqbal.

Mereka terus garang apabila cubaan Manzoor Azwira diselamatkan sebelum melintasi garisan gol oleh Shahril Faizal Sharifudin yang menolak keluar pada minit ke-61.

Pada minit ke-81, Pahang pula terlepas peluang menjaringkan gol apabila sepakan kencang Seton sekadar menyinggahi palang gol Perlis.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2sd0F3n
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Piala FA milik Pahang

Itulah artikel Piala FA milik Pahang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Piala FA milik Pahang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/piala-fa-milik-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Piala FA milik Pahang"

Catat Ulasan

Loading...