Loading...

Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar

Loading...
Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar
link : Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar

Baca juga


Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar


KUALA LUMPUR : Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital atau MyFreeview dilancarkan hari ini sejajar dengan pemindahan siaran terestrial analog ke siaran digital sepenuhnya.

Pelancarannya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini disempurnakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi.

Najib ketika berucap pada majlis pelancaran itu berkata langkah ini adalah sebahagian agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran melalui pendigitalan dengan tujuan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau berkata, sebanyak 24 stesen pemancar akan dipasang di 87 kawasan seluruh negara di bawah pelaksanaan fasa satu dan dua.

Sementara itu katanya, jangkaan 98 peratus kawasan penduduk seluruh negara untuk memperoleh liputan penuh itu dijangka dapat dilaksana pada suku ke empat tahun ini.

"Perkhidmatan penyiaran myFreeview disediakan kepada rakyat secara percuma tanpa kos langganan bulanan dan ia dapat merapatkan jurang digital di kawasan terpencil.

"Penyiaran myFreeview untuk menyalurkan lebih banyak kandungan dan aplikasi termasuk penyiaran tempatan untuk meraih manfaat untuk memperluaskan jangkauan penonton," katanya.

Yang turut sama hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie serta pengurusan kanan media tempatan.

Menerusi pelancaran ini, ia menyaksikan perkembangannya tersendiri kepada sejarah penyiaran sejak TV berwarna diperkenalkan 39 tahun lalu dan ia selari perkembangan global untuk beralih daripada sistem analog kepada era digital.

Dengan peralihan kepada myFreeview ini, penonton akan berpeluang menikmati resolusi gambar lebih baik dan jelas, kualiti bunyi terhebat dan lebih banyak saluran percuma.

Selain itu, penonton juga akan disajikan dengan pengisian program lebih berkualiti, capaian ke Panduan Program Elektronik (EPG) serta pelbagai pilihan untuk alih bahasa.

Menerusi myFreeview juga, penonton akan mendapat akses ke sembilan stesen TV terestrial percuma seperti TV1, TV2, TVi, TV Al-Hijrah, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan saluran Berita BERNAMA serta empat stesen radio RTM.

Rakyat Malaysia juga akan mendapat akses ke TV digital menerusi dekoder istimewa yang dikenali sebagai MYTV. Mereka boleh menyambungkan televisyen dan frekuensi ultra tinggi (UHF) kepada dekoder terbabit.

Peralihan ini juga akan menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang digital di antara komuniti pedalaman dan bandar di mana ia akan mencipta masyarakat berilmu dan mewujudkan pelbagai peluang.

Seiring pelancaran ini juga, seramai 2.2 juta isi rumah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara akan mendapat dekoder MYTV secara berperingkat.

Ini adalah penambahan kepada dua juta dekoder yang akan diberikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd atau keseluruhan 4.2 juta penerima memperoleh manfaat pelaksanaan myFreeview. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPLJvk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar

Itulah artikel Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/perkhidmatan-televisyen-terestrial.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital Dilancar"

Catat Ulasan

Loading...