Loading...

Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’

Loading...
Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’
link : Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’

Baca juga


Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’

IPOH – Kerajaan negeri Perak kecewa dengan kecuaian sebuah syarikat swasta menjaga bekas Kapal Diraja (KD) Rahmat sehingga menyebabkannya mengalami kebocoran dan senget di pesisir laut berhampiran Marina Waterfront, Lumut, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata secara dasarnya insiden yang menimpa kapal dikenali sebagai ‘Ex KD Rahmat’ itu boleh dianggap satu kesalahan serius.

“Tindakan terhadap syarikat Plus Asia Jaya (Perak) Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan memelihara kapal itu hanya akan diputuskan selepas memperoleh laporan penuh daripada jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Nolee Ashilin berkata jawatankuasa khas itu turut melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selain pihak kerajaan negeri sendiri.

Katanya kos membaik pulih kapal itu akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat berkenaan demi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Mengulas mengenai keadaan terkini Ex KD Rahmat, Nolee Ashilin berkata ia semakin stabil selepas kerja-kerja mengeluarkan air daripada badan kapal dengan menggunakan saluran paip telah dilakukan sejak Sabtu lalu.

Selain itu, Nolee Ashilin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian itu.

“Kita tak mahu orang ramai buat spekulasi tentang perkara ini kerana ia boleh mewujudkan satu keadaan yang tidak baik dan mungkin mengganggu siasatan yang akan dibuat,” katanya.

Ex KD Rahmat dikatakan mengalami kebocoran kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu menyebabkan sebahagian badannya senget sehingga gambar kapal itu tular di media sosial Facebook.

Selepas dilucut tauliah beberapa tahun lalu, Ex KD Rahmat diserahkan kepada syarikat Plus Asia Jaya (Perak) Sdn Bhd oleh kerajaan negeri Perak sebelum dijadikan muzium atau kapal pameran kepada orang awam sejak 2011, namun ditutup Ogos tahun lalu atas faktor keselamatan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suIc3D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’

Itulah artikel Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/perak-kecewa-sikap-syarikat-cuai-jaga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’"

Catat Ulasan

Loading...