Loading...

Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim

Loading...
Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim
link : Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim

Baca juga


Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim


LONDON – Suspek yang juga bapa kepada empat anak, Darren Osborne ditahan selepas dipercayai memandu van yang merempuh umat Islam di sebuah masjid di Finsbury Park di sini, semalam.

Identiti suspek didedahkan media Britain termasuk stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC), hari ini, susulan insiden semalam, yang mengorbankan seorang mangsa, selain mencederakan 10 yang lain.

Menurut laporan, penduduk tempatan menahan Osborne sebelum diserahkan kepada pihak polis atas tuduhan mengeluarkan arahan, merancang atau berniat melakukan keganasan, termasuk bunuh atau cubaan membunuh.

Identiti Osborne selaku penyerang dalam kejadian itu turut dilaporkan oleh BBC, namun polis Metropolitan London enggan mendedahkan nama suspek sehingga dia dihadapkan ke mahkamah.

Dalam pada itu, beberapa jemaah yang menceritakan mereka yang meninggalkan masjid itu kebetulan sedang membantu seorang lelaki lanjut usia yang tidak sihat sebelum sebuah van menyasarkan mereka dengan sengaja.

Menurut para saksi, van itu dipandu oleh penyerang yang menjerit: “Saya mahu bunuh semua orang Islam.” Ia belok ke arah individu di luar masjid sejurus selepas mereka membantu lelaki berkenaan, yang pengsan.

“Dia membelok kiri ke lorong belakang dan merempuh para pejalan kaki,” kata saksi Abdiqadir Warra kepada AFP. “Sebilangan daripada mereka juga diheret beberapa meter.”

Para penduduk tempatan kemudian melompat ke arah lelaki tersebut dan menahannya sementara menantikan polis untuk tiba di tempat kejadian. Van itu membelok ke kiri dengan sengaja dan “merempuh orang ramai”.

Seorang lelaki terperangkap di bawah van tersebut dan orang ramai cuba mengangkat kenderaan berkenaan untuk membebaskannya.

Amin berkata bahawa apabila orang ramai menahan pemandu tersebut, dia menjerit: ‘Semua orang Islam, saya mahu bunuh semua orang Islam. “Dia benar-benar berkata demikian. Sepatah demi sepatah.”

Polis menyatakan bahawa seorang lelaki sudahpun ditangkap di tempat kejadian dan bahawa tiada lagi suspek yang dikenal pasti sejauh ini. – AFP/BH ONLINE


Thus Article Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim

Itulah artikel Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/penyerang-masjid-london-mahu-bunuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim"

Catat Ulasan

Loading...