Tajuk : Penumpang MH128 cerita detik cemas lelaki cuba letupkan pesawat
link : Penumpang MH128 cerita detik cemas lelaki cuba letupkan pesawat
Penumpang MH128 cerita detik cemas lelaki cuba letupkan pesawat
SEORANG lelaki dari Melbourne menceritakan detik cemas ketika dia berdepan dengan seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH128 yang mengancam untuk meletupkan pesawat tersebut.
Bekas pemain AFL, Andrew Leoncelli memberitahu ABC bahawa dia duduk di barisan keempat dari bahagian hadapan pesawat ketika lelaki itu tiba-tiba meluru dan cuba untuk memasuki kokpit sebaik sahaja pesawat berlepas.
“Dia mula berkata, ‘saya perlu jumpa juruterbang. Saya perlu jumpa juruterbang’.
“Anak kapal berkata, ‘sila duduk. Kembali ke tempat duduk anda. Kembali ke tempat duduk anda.
“Kemudian suaranya semakin kuat. ‘Tidak saya perlu jumpa juruterbang. Suaranya semakin kuat dan anak kapal menjerit meminta tolong.
“Ketika itu saya melompat ke arah lelaki itu,” kata Leoncelli.
Menurut Leoncelli, dia berdepan lelaki itu yang memegang sebuah objek besar yang kelihatan seperti antena.
Polis Victoria kemudiannya berkata insiden itu tidak disifatkan sebarang serangan pengganas dan objek yang dipegang lelaki tersebut bukan bom.
“Saya kata, ‘Mate, kembali ke tempat duduk anda.’
“Saya memandang tepat ke arah matanya dan dia berkata, ‘saya akan letupkan pesawat ini,” kata Leoncelli.
Jelas Leoncelli, lelaki itu kemudiannya berlari ke bahagian belakang pesawat dan dikejar oleh sekumpulan penumpang lelaki lain.
“Mereka menerkam lelaki itu dan meletakkan kepalanya di atas karpet serta duduk di atasnya.
“Anak kapal kemudiannya mengambil objek yang dipegang lelaki itu,” katanya.
Leoncelli berkata objek besar itu berwarna hitam dan berkilat serta bersaiz sebesar buah tembikai.
“Ia kelihatan seperti antena. Ia ada soket yang kelihatan sesuai untuk iPhone.
“Saya tidak tahu sama ada ia adalah sistem suara atau tidak tetapi agak pelik mengapa dia berjaya membawa masuk alat tersebut ke dalam pesawat,” katanya.
Pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Melbourne dan kesemua penumpang dibawa ke kawasan terminal untuk diambil keterangan.
Sumber: Mstar
Sumber Penumpang MH128 cerita detik cemas lelaki cuba letupkan pesawat
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqKEap
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Penumpang MH128 cerita detik cemas lelaki cuba letupkan pesawat
Anda sedang baca artikel Penumpang MH128 cerita detik cemas lelaki cuba letupkan pesawat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/penumpang-mh128-cerita-detik-cemas.html
0 Response to "Penumpang MH128 cerita detik cemas lelaki cuba letupkan pesawat"
Catat Ulasan