Loading...

Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1

Loading...
Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1
link : Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1

Baca juga


Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1

Seorang peniaga martabak di Pasar Ramadan Pekan Chengkau, di sini, membuat permohonan maaf secara terbuka menerusia laman Facebook Rembau Macam-macam Ado kepada seorang pembeli juadahnya.

Peniaga martabak mohon maaf

Muhammad Al-Firdaus Ismail, 29, berkata, dia terkejut sebaik terbaca status yang dimuat naik di laman itu oleh seorang lelaki yang meluahkan rasa tidak puas hati, kerana inti martabak yang dibeli dari gerainya, sudah basi.

Muhammad Al-Firdaus yang merupakan bekas tukang masak hotel berkata, dia mula berniaga di pasar Ramadan berkenaan sejak lima tahun lalu dan tidak pernah menerima sebarang aduan berkaitan juadah disediakan.

“Di pasar Ramadan ini hanya ada tiga peniaga martabak. Hanya saya yang tawarkan harga martabak paling tinggi, RM4 sekeping. Status itu turut menyatakan harga martabak dan tentulah saya terkesan dengan perkara ini.

“Saya tak senang duduk bila fikirkan hal ini kerana bimbang sekiranya pembeli itu tak halalkan duitnya pada saya. Bimbang ia menyebabkan sumber rezeki bagi menanggung mak saya yang sakit buah pinggang tercemar,” katanya.

Atas dasar itu, katanya, dia memberi maklum balas pada status berkenaan dan memohon maaf sekiranya perkara itu adalah benar.

Menurutnya, dia juga mahu pembeli berkenaan datang ke gerainya supaya dia boleh menggantikan kembali martabak yang baharu, malah mahu memberikan satu lagi martabak secara percuma.

“Saya juga menampal pengumuman di gerai martabak saya kelmarin. Saya beranggapan sekiranya martabak saya basi pada Isnin lalu, pasti ada lagi mangsa lain kerana setiap hari saya jual lebih 120 keping martabak.

“Bagaimanapun, sehingga ke waktu berbuka, tiada yang datang untuk buat tuntutan berkenaan dan saya berniaga seperti biasa,” katanya ketika ditemui di gerainya yang dinamakan Martabak Combi di sini, semalam.

Muhammad Al-Firdaus berkata, walaupun berasa terkesan dengan status berkenaan, lebih-lebih lagi ada pengunjung yang memandang serong kepadanya, dia cuba berlapang hati apabila masih terdapat ramai pelanggan setia yang membeli martabaknya.

“Semalam (kelmarin) pun ada pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) datang memeriksa juadah dan harga jualan.

“Ada mereka bertanyakan mengapa saya meletakkan harga RM4 lebih tinggi dari peniaga lain di lokasi ini.

“Tapi setelah terangkan bahan-bahan yang saya gunakan iaitu lima jenis sayur, telur serta lebih daging atau ayam, mereka terima harga berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu dia menjual martabak dengan harga RM3. Namun pada tahun ini harga jualan dinaikkan sebanyak RM1 kerana dia masih mahu mengekalkan ‘kemewahan’ inti martabaknya.

“Kalau pembeli martabak ayam, daging atau kambing mahu menambah keju, tambahan sebanyak RM1 dikenakan.

“Kalau saya jual juga dengan harga lama, saya pula terpaksa tanggung kosnya. Sedangkan ini merupakan periuk nasi buat saya sekeluarga lebih-lebih lagi mak saya kini perlu jalani rawatan dialisis,” katanya.

Menurutnya, dia sangat berharap agar insiden berkenaan dapat dijadikan pengajaran kepada pembeli mahupun peniaga.

“Bagi peniaga, mungkin kita ada khilaf dan ALLAH mahu uji kita. Sekiranya betul juadah yang kita jual rosak, kita perlu akuinya. Mungkin kita tak sedar sepanjang menyediakan juadah berkenaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZiRxp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1

Itulah artikel Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/peniaga-martabak-mohon-maaf-inti-basi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peniaga martabak mohon maaf inti basi, mohon ganti dan beri percuma 1"

Catat Ulasan

Loading...