Loading...

Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun!

Loading...
Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun!
link : Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun!

Baca juga


Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun!

BARU-baru ini viral di media sosial dan juga akhbar-akhbar berbahasa Cina, tentang seorang taikun terkenal; yang melahirkan rasa kecewa dan dukacita kerana dikatakan menjadi mangsa agensi utama percukaian negara.

Taikun ini bukan orang baru dalam dunia korporat. Hebat. Bergelar. Punyai pengalaman yang luar biasa panjang dalam dunia keusahawanan. Syarikat beliau bukan kecil anak. Cukup terkenal dan hebat. Banyak kenalan di peringkat atasan.

Tuduhan taikun tersebut bahawa dia menjadi ‘mangsa’ sistem percukaian memang lemah dan meleset.

Menurut sumber media, isu pengelakan cukai taikun bergelar Tan Sri itu isu lama! Bukan isu dua tiga tahun. Berapa lama dah lari cukai?

Tidak ada asas untuk mana-mana agensi bertindak ‘kejam’ dan memilih untuk bertindak kepada individu atau syarikat tertentu.

Undang-undang tidak mengenal rupa dan gelaran. Apa yang dilakukan hanyalah berlandaskan akta dan jalur hukum yang ada. Agensi peneraju percukaian rasanya tidak ada masa untuk ‘berdendam’ dengan mana-mana individu atau syarikat.

Asas yang sentiasa mahu dipertahankan adalah membina sistem percukaian yang berkesan, adil dan saksama.

Tidak kiralah individu itu bergelar ataupun tidak; syarikat ternama ataupun tidak – garis hukum yang utama adalah samada individu dan syarikat berkenaan mematuhi urusan dan peraturan percukaian.

Sebagai wakil utama kepada sebuah syarikat besar, taikun berkenaan tidak perlu menjadikan ini isu peribadi. Lebih malang lagi, tidak perlu ia dipolitikkan sebagai ‘serangan’ kepada kumpulan tertentu. Jangan juga jadikan ia isu perkauman. Bukan itu isu dasarnya.

Malaysia bukan pun sebuah negara yang dikenali sebagai ‘paling tegas dan lantang’ di dalam menangani isu pelarian cukai (tax dodgers/evasion).

Malahan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebagai misal – adalah antara negara yang lebih tegas dalam menangani isu seperti ini.

Dalam kajian antarabangsa, antara 10 negara paling ‘tegas’ dalam menangani pelarian cukai – Sepanyol, Argentina, Jerman, Brazil, Rusia, UK, Australia, Kanada, Indonesia dan New Zealand. Di kalangan negara OECD, mereka pada dasarnya telah menandatangani perjanjian untuk memberikan kerjasama dalam bentuk perkongsian informasi percukaian secara automatik. ‘Automatic Exchange of Information’ (AEoI) akan mengetatkan lompong penipuan di kalangan negara anggota OECD.

Apakah ada kewajaran untuk menyalahkan agensi – sekiranya sikap kita sendiri kepada rasional percukaian itu tidak tepat? Apakah menjadi kesalahan kepada mana-mana agensi menguatkuasakan undang-undang yang telah lama menjadi asas kepada percukaian negara?

Apabila berlaku masalah, mudahlah kita menggambarkan diri dan syarikat kita menjadi ‘mangsa’ kepada perkara ini. Percukaian bukan alat mainan. Akta percukaian bukan senjata permainan politik. Akta dan peraturan melibatkan percukaian juga bukannya perhiasan di atas kertas. Ini peraturan kita dalam ber-negara. Ia mesti dilaksanakan bagi memberikan hasil yang cukup untuk mempertahan kemakmuran dan keselamatan negara.

Pernah dilaporkan di dalam media perdana, insiden pengelakan cukai di Malaysia, melibatkan hampir 20 buah syarikat besar, dengan potensi hasil kepada tabung kerajaan sebanyak hampir RM1.4 bilion. Dalam laporan yang lain, hampir 50 syarikat terkemuka dikatakan mengelak cukai berbilion ringgit.

Sikap taikun tertentu yang gemar menonjolkan diri sebagai ‘mangsa’ di dalam situasi seperti ini adalah sangat tidak bertanggungjawab. Hakikatnya, mangsa sebenar adalah ‘rakyat’ – yang dinafikan hak untuk merasai nikmat kesejahteraan hasil berbilion ringgit.

Kalangan negara maju sendiri menganggap insiden pengelakan cukai sebagai ‘jenayah kewangan’ yang serius, Malaysia tidak boleh terkecuali. Jika melihat kepada operasi standard agensi percukaian di Malaysia – cukup banyak ruang diskusi dan perbincangan yang diwujudkan.

Soalnya, apakah mereka yang ternama dan bergelar ini gemar berselindung di sebalik dinding kuasa? Kita yakin, tidak mudah untuk mana-mana agensi mengambil tindakan tanpa usul periksa dan data yang mencukupi.

Ketirisan berbilion ringgit bukan isu kecil dan remeh. Undang-undang tidak boleh dipinggirkan hanya kerana kita bergelar dan mempunyai syarikat ternama. Jika kita seorang individu biasa sekalipun – cukai adalah tanggungjawab yang mesti dilunaskan.

Ini adab dan tanggungjawab kita sebagai rakyat. Jika kita seorang usahawan, maka tanggungjawab syarikat kita jugalah untuk mengembalikan sebahagian keuntungan dan laba kepada kerajaan. Jangan mudah menuduh orang lain, sekiranya disiplin percukaian kita sendiri longgar dan meragukan.

Tak perlulah taikun dan cukong ini mengeluarkan air mata buaya! Selesaikan segala tunggakan. Bekas pemimpin pun tak wajar rasanya mempertahan penjenayah kewangan seperti ini. Kecuali, ada kepentingan tertentu yang cuba disembunyikan.

Ada apa-apa kepentingan?

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhNYXP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun!

Itulah artikel Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pengelakan-cukai-dan-air-mata-taikun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengelakan Cukai Dan Air Mata Taikun!"

Catat Ulasan

Loading...