Loading...

Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah

Loading...
Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah
link : Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah

Baca juga


Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah

ALOR SETAR – Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM159,053.22 membabitkan dua pertuduhan.

Mohd Adnan Md Daud, 54, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan kepadanya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai Pegawai Pembangunan Kemas Selangor, didakwa menerima suapan RM73,000 daripada Sah Hizam Halim bagi melantik syarikat milik Sah Hizam iaitu Perniagaan Naluri Pertama menjalankan kerja membekal susu tepung kepada Tabika dan Taska Permata.

Tertuduh juga melantik syarikat Alpha Elite Resource yang juga milik Sah Hizam untuk menjalankan kerja membekal serbuk malt coklat kepada Tabika dan Taska Permata.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Alor Setar pada 14 Dis tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Adnan didakwa menerima rasuah berjumlah RM86,053.22 daripada Sah Hizam bagi melantik lima syarikatnya, iaitu Perniagaan Naluri Utama, One Blue Diamond Enterprise, Golden North Enterprise, Malbery Enterprise dan LD Dinamik Enterprise bagi kontrak pembekalan pelbagai barangan untuk Tabika.

Iaitu syarikat Perniagaan Naluri Utama mendapat kontrak membekalkan biskut jenama Jacob dan susu tepung ke Tabika.

Syarikat One Blue Diamond mendapat kontrak membekalkan makanan tambahan, syarikat Golden North membekalkan bijirin Koko Krunch jenama Nestle, Malbery Enterprise pula membekalkan biskut untuk Tabika.

Syarikat LD Dinamik pula mendapat kontrak membekalkan Koko Krunch dan makanan tambahan untuk Tabika.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu pada 7 Jan 2015 di Maybank Alor Setar.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar menawarkan jaminan RM100,000 dan seorang penjamin, bagaimanapun wakil kepada peguam tertuduh Abdul Hadi Ahmad memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh perlu menyara lapan anak, seorang daripadanya bayi berusia 55 hari.

Malah akaun bank tertuduh juga sudah dibekukan sejak lima bulan lalu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan dia diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 31 Julai sebagai tarikh sebutan kes. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sD1F4z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah

Itulah artikel Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pengarah-kemas-didakwa-terima-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengarah Kemas Didakwa Terima Rasuah"

Catat Ulasan

Loading...