Loading...

Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit

Loading...
Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit
link : Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit

Baca juga


Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit

iluminasi objek langit4

Pernahkah anda dengar tentang peristiwa objek di langit? 

Tidak ramai yang pernah menyaksikan sendiri kejadian seperti itu berlaku, malahan ramai juga sebenarnya yang skeptikal adakah perkara-perkara tersebut benar-benar berlaku, seperti yang diperkatakan.

Saya bernasib baik. Saya pernah mengalami peristiwa itu pada tahun 1994 dan bukannya saya seorang sahaja yang menyaksikannya. Seluruh pelajar sekolah saya dapat menyaksikannya. 

Peristiwa itu berlaku pada tahun 1994. Saya tak ingat tarikh sebenar kejadian itu berlaku tetapi peristiwa yang kami lihat itu bukanlah peristiwa sama yang berlaku lebih awal sebelum itu di Klang, tak silap saya. Di Klang pada tahun 1992, kami di Cheras pada tahun 1994.

Jika anda nak kata saya berbohong, saya katakan dulu, dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani, peristiwa ini benar berlaku.

iluminasi objek langit2

Kami sebenarnya pada malam itu baru saja menghabiskan English Week anjuran sekolah dengan satu konsert besar-besaran. Besar tahap sekolah lah. Memang kami 'enjoy' habis malam tu. Saya pula pada waktu itu masih lagi golongan junior, jadi kami lebih banyak tonton daripada membuat persembahan. Tetap 'enjoy' juga.

Kami junior jadi kami balik awal sikit berbanding kumpulan senior yang nak lepas gian main gitar elektrik dengan dram. Pada mulanya yang perasan apa berlaku tak ramai, tapi lama kelamaan kami berkumpul bersama sambil mendongak ke langit.

Malam itu memang sunyi. Lain daripada biasa.

iluminasi objek langit

Saya bersama kawan-kawan mendongak ke atas dan apa yang pertama sekali kelihatan ketika itu, adalah kalimah Allah yang ditulis menggunakan awan. Anda bayangkan awan berkepul-kepul membentuk sesuatu secara sendiri? Macam tu lah yang berlaku.

Fenomena itu sangat luar biasa kerana kami dapat saksikan sendiri seolah-olah awan diperintahkan oleh suatu kuasa lain untuk bergerak. Yang menakutkan, saiz objek yang dibentuk, memenuhi langit. Jika anda tengok bulan dan kita nampak bulan kecil saja saiznya, objek-objek ini berkali-kali ganda saiznya.

Memang sangat-sangat ajaib melihat bagaimana awan bergerak menjadi bentuk-bentuk itu dan hanya mereka yang melihat dengan mata sendiri saja yang tahu bagaimana perasaannya. Sukar hendak digambarkan dengan perkataan.

Kejadian itu seingat saya berlaku selama lebih setengah jam dan setiap satu objek itu akan dipaparkan selama 2 ke 3 minit dan kemudiannya kami nampak awan akan berpecah sedikit demi sedikit untuk membentuk objek atau kalimah baru.

Sepanjang fenomena itu, berdasarkan apa yang saya masih ingat, saya melihat sendiri beberapa bentuk seperti:

  1. Kalimah Allah
  2. Kalimah Bismillahhirahmaniraahim
  3. Badan manusia terbaring dari sisi
  4. Bentuk menyerupai tanduk
  5. Peta Malaysia dan Singapura yang terbalik atas bawah
  6. Orang berdoa
  7. Tapak tangan 
  8. Serta beberapa objek lain yang saya tak mampu ingat semula

Saya pada ketika itu memang hanya mampu kaget, berdiri memandang langit sementara ada ramai lagi yang mengalirkan air mata insaf. 

iluminasi objek langit3

Melihat fenomena itu merupakan satu pengalaman yang cukup menginsafkan.

Berkat dari peristiwa itu, esoknya surau sekolah kami penuh berjemaah bersama-sama, tak kira yang junior atau senior. Alhamdulillah. 

Tetapi manusia mudah lupa. Lama-kelamaan berkurangansedikit demi sedikit saf subuh sehinggalah akhirnya rasa mahu berubah itu hilang dikikis tuntutan dunia.

Maaflah, kami pada ketika itu belum ada kamera atau telefon seperti sekarang jadi kami tak dapat nak beri anda bukti.

Saya tuliskan perkara ini sebagai peringatan kepada kita, yang manusia walau sehebat mana pun kita, apabila kita diberi peluang menyaksikan kehebatan kuasa Allah swt. depan mata, barulah kita akan tersedar diri kita ini hanyalah hamba Dia yang Maha Esa.

Kecil sebenarnya kita.

Cuma naluri kita akan sentiasa membuatkan kita lali dan leka. Hanya Allah tahu baik dan buruk hidup kita.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smjwwj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit

Itulah artikel Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pengalaman-saya-melihat-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengalaman Saya Melihat Sendiri Fenomena Objek Di Langit"

Catat Ulasan

Loading...