Loading...
Tajuk : Pengacara TV3 Kena Dakwa, Gara-Gara Hina Ayah Watson Nyambek !
link : Pengacara TV3 Kena Dakwa, Gara-Gara Hina Ayah Watson Nyambek !
Pengacara TV3 Kena Dakwa, Gara-Gara Hina Ayah Watson Nyambek !
SIBU: Bekas pengacara program sukan TV3 didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana mengeluarkan kenyataan menghina mendiang ayah bekas pelari pecut negara Watson Nyambek, lapor The Star.
Azizul Ammar, 30, dan penerbit program Sukan Tak Sentral, Abdul Ghani Mohd Mokhtar, 41, didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Azizul didakwa menyebut perkataan “Nyambek” iaitu nama akhir Watson secara mengejek dalam program komedi disiarkan TV3 itu.
Majistret Saiful Sayoti membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
Beliau juga mengarahkan mereka untuk hadir di mahkamah pada 4 Julai untuk pra-perbicaraan.
Watson sebelum ini enggan menerima permohonan maaf daripada Azizul dan syarikat penerbitan Primework Studios.
“Saya susah menerima permohonan maaf tersebut kerana mereka menghina dan menyamakan bapa saya dengan seekor haiwan dan saya berasa amat kecewa dan marah,” katanya. #sumber
Thus Article Pengacara TV3 Kena Dakwa, Gara-Gara Hina Ayah Watson Nyambek !
Itulah artikel Pengacara TV3 Kena Dakwa, Gara-Gara Hina Ayah Watson Nyambek ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pengacara TV3 Kena Dakwa, Gara-Gara Hina Ayah Watson Nyambek ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pengacara-tv3-kena-dakwa-gara-gara-hina.html
0 Response to "Pengacara TV3 Kena Dakwa, Gara-Gara Hina Ayah Watson Nyambek !"
Catat Ulasan