Loading...
Tajuk : Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek.
link : Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek.
Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek.
Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek. | Assalamualaikum wbt. Betul jugak orang tua-tua cakap kan... 'telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya...' Tentu korang masih ingat lagi, kes yang melibatkan pengacara rancangan Sukan Tak Sentral di TV3, Amirul Ammar yang dikatakan menghina bapa bekas pelari pecut Watson Nyambek tu kan? Ingat tak? Terbaru, Ammar dan penerbit rancangan itu telah didakwa di Mahkamah Majistret di Subuh atas tuduhan tersebut. Ingatkan dah settle dah kan kes tu aritu, rupanya Watson tetap nak 'membela' mendiang bapanya sebab dia marah nama bapanya telah dipermainkan. Walau bagaimana pun, kedua-duanya mengaku tak bersalah.
Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek.
Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek. Sumber Google. |
Tapi, betul jugaklah kan. Semua orang marah kot kalau nama atau bapak kita dibuat bahan gurauan dan dipermainkan lebih-lebih lagi kalau bapak kita dah takde kan. Secara live pulak tu, satu Malaysia tengok kot. Panas hati ooo orang memperlekehkan bapak kita. So, tindakan Watson adalah untuk membela mendiang bapanya sebab dia menganggap pengacara itu menyamakan bapanya dengan binatang. MasyaAllah...
Mahkamah melepaskan kedua tertuduh dengan ikat jamin RM3500 oleh seorang penjamin. Tindakan mereka ni disabitkan mengikut Seksyen kanun keseksaan yang membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendapat cikla, sepatutnya kisah ni menjadi pengajaran kepada kita dan masyarakat. Kalau nak bergurau pun, biarlah kena dengan caranya. Jangan amik mudah gurauan yang agak keterlaluan. Memanglah pada kita ok je, ala gurau je. Tapi, pada tuan empunya diri? Kalau kena batang hidung sendiri macam mana pulak? Nak-nak pulak awk tu public figure yang sentiasa menjadi perhatian orang. Salah sikit je, memang akan di'aim'lah lepas ni....
Jangan nanti... Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana...
Ingat tu! ❤️❤️❤️
Sumber KOSMO!
Thus Article Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek.
Itulah artikel Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pengacara-azizul-ammar-didakwa-kerana.html
0 Response to "Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek."
Catat Ulasan