Loading...

Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali

Loading...
Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali
link : Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali

Baca juga


Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Usaha pembangkang mengitar semula isu fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bukan perkara pelik malah akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, pembangkang menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai sasaran utama dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang sengaja menidakkan apa sahaja penjelasan yang dibuat oleh kerajaan dan Perdana Menteri berhubung pelbagai perkara yang difitnahkan.

"Sepatutnya mereka (pembangkang) terima penjelasan tersebut dengan hati terbuka, bukannya memutarbelitkannya kerana agenda politik sehingga tergamak bersekongkol dengan pihak luar," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB

BACA: Laporan Sarawak Report hanya berunsur fitnah - Salleh

Katanya, beberapa isu seperti saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1MDB akan diputarbelitkan pembangkang bagi mencemar dan seterusnya memusnahkan reputasi pentadbiran Perdana Menteri.

"Dalam keadaan terdesak, pembangkang menjadikan saman sivil terbaru DoJ sebagai senjata politik untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri walaupun kesahihannya belum terjawab.

"Isu DoJ pada hemat saya pernah dibangkitkan pada tahun lalu, tetapi sengaja dikitar semula dengan olahan baru kerana pembangkang berpendapat PRU semakin hampir," ujarnya.

Syed Ali turut khuatir, perbuatan bersekongkol dengan pihak luar terutama yang berpengkalan di Barat akan mendatangkan musibah politik kepada Malaysia pada masa akan datang.

Memandang serius isu tersebut, beliau berharap rakyat terutama orang Melayu yang menyokong perjuangan UMNO tidak terjebak dengan fitnah yang dikitar semula itu.

"Pada saya, isu fitnah dan memanipulasikan beberapa perkara yang berupa dakwaan akan dikitar semula oleh pembangkang, malah akan bertambah agresif menjelang PRU akan datang.

"UMNO tidak terkesan dengan fitnah kitar semula itu kerana tetap berkeyakinan bahawa rakyat tidak begitu mudah menelan apa sahaja disogokkan pembangkang," katanya.

Beliau juga melahirkan kekesalan kerana nama Datin Seri Rosmah Mansor, kembali diheret dalam kancah fitnah pembangkang.

Katanya lagi, mengaitkan nama isteri Perdana Menteri dengan beberapa isu yang tidak dibuktikan pembabitannya merupakan perbuatan fitnah melampau dan tidak boleh dimaafkan.

"Pembangkang hanya mengaitkan nama Rosmah dengan pelbagai persepsi jahat yang antara lain sebagai senjata untuk mencetuskan sentimen kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan.

"Pada pemerhatian saya sejak beberapa isu ditular pembangkang, rakyat tidak mudah terpedaya dengan sogokkan fitnah tersebut, malah mereka tetap memberikan sokongan kepada kerajaan dan UMNO," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan ahli parti supaya tidak mudah terperangkap dengan mainan fitnah yang ditular pembangkang menerusi laman-laman sosial.

"Pembangkang semakin giat menggunakan laman-laman sosial untuk mengaktifkan bahan-bahan fitnah untuk disogokkan kepada generasi muda khususnya.

"Pelbagai cerita tidak benar, persepsi jahat dan fitnah dikitar semula untuk merancakkan kempen mereka menjelang PRU ke-14 akan datang," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFj2T4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali

Itulah artikel Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pembangkang-kitar-semula-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali"

Catat Ulasan

Loading...