Loading...

Pemain Perlis hiba di Hari Raya

Loading...
Pemain Perlis hiba di Hari Raya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemain Perlis hiba di Hari Raya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemain Perlis hiba di Hari Raya
link : Pemain Perlis hiba di Hari Raya

Baca juga


Pemain Perlis hiba di Hari Raya



ARKIB : 07/11/2005

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

KUALA LUMPUR - Selepas Kedah dan Melaka dilanda kemelut pembayaran gaji, para pemain yang membawa Perlis muncul naib juara bola sepak Piala Malaysia Oktober lalu mendakwa mereka berdepan masalah yang serupa.

Sumber memberitahu, kesemua pemain Singa Utara tidak menerima gaji hampir tiga bulan dengan gaji terakhir yang mereka terima hanyalah untuk bulan Ogos yang dibayar pada awal September lalu.

Keadaan itu menyebabkan para pemain Perlis `lesu' merayakan Aidilfitri kali ini.

Malah kegagalan Perlis mempertahankan Piala Malaysia apabila tewas 0-3 di tangan Selangor pada perlawanan akhir 1 Oktober lalu turut dikaitkan dengan faktor tiadanya pembayaran gaji untuk bulan September.

``Kini hampir tiga bulan para pemain Perlis tidak menerima apa-apa bayaran sedangkan gaji mereka sepatutnya dibayar sehingga kontrak berakhir iaitu pada hujung bulan ini.

``Pemain tidak tahu mengapa pihak pengurusan berdiam diri tanpa sebarang alasan.

``Keadaan itu menyebabkan pemain yang membawa Perlis muncul juara Liga Super musim ini tidak ceria merayakan Aidilfitri. Tiada suasana gembira disebabkan masalah ini.

``Keadaan pastinya lebih dirasai bagi para pemain yang sudah berkeluarga,'' kata sumber tersebut.

Sebelum ini Kedah dan Melaka turut berdepan masalah yang sama namun persatuan bola sepak kedua-dua negeri telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut sumber tersebut, kerana tidak tahan dengan masalah ketiadaan bayaran yang terus berlarutan, difahamkan ada pemain import yang bertindak bertemu sendiri dengan pengurus pasukan untuk meminta gaji.

Sumber tersebut turut mempertikaikan janji persatuan untuk mengagih-agihkan wang RM500,000 hasil kutipan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia Oktober lalu yang sehingga kini masih belum diterima oleh semua pemain.

``Pihak pengurusan sendiri berjanji akan mengagih-agihkan wang kutipan tersebut tetapi nampaknya perkara itu terus senyap.

``Jika masalah ini berlarutan para pemain akan berdepan masalah kewangan yang lebih serius dalam menampung perbelanjaan seharian.

``Bagi pemain yang digugurkan pula, mereka perlukan wang untuk perbelanjaan mencari pasukan baru. Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana musim baru liga akan bermula tidak lama lagi,'' katanya.

Tambah sumber itu, difahamkan ada pemain yang tawar hati untuk menyambung kontrak dengan Perlis disebabkan masalah tersebut dan bertindak mencari haluan baru pada musim depan.

``Sebelum ini pun para pemain pernah berdepan masalah kelewatan gaji... pernah dua bulan mereka tidak menerima gaji tetapi akhirnya bayaran dibuat.

``Tetapi nampaknya di penghujung musim ini pengurusan pasukan terus berdiam diri dalam soal ini,'' katanya.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2rNPAZP
© Utusan Melayu (M) Bhd



Thus Article Pemain Perlis hiba di Hari Raya

Itulah artikel Pemain Perlis hiba di Hari Raya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemain Perlis hiba di Hari Raya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pemain-perlis-hiba-di-hari-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemain Perlis hiba di Hari Raya"

Catat Ulasan

Loading...