Loading...
Tajuk : ‘Pemain negara belum matang’
link : ‘Pemain negara belum matang’
‘Pemain negara belum matang’
Oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI
SATHIANATHAN
PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B. Sathianathan mengakui terdapat beberapa faktor yang menjadi punca pemain negara gagal menarik perhatian pasukan daripada liga luar terutama di sekitar benua Asia.
Jelasnya, perkara paling sukar yang perlu ditempuhi oleh bintang bola sepak negara adalah persaingan daripada pemain-pemain import dari negara asing yang turut mahu mengisi ‘kuota Asia’ yang disediakan oleh kebanyakan liga utama di khususnya di Asia Tenggara.
“Secara peribadi, saya lihat pemain negara masih belum cukup matang dan tidak cukup bagus untuk beraksi pada liga-liga luar negara ataupun sekitar Asia Tenggara.
“Sebagai contoh, sekiranya ada kelab pada Liga Thailand yang berminat untuk mencari import baharu bagi mengisi satu kekosongan kuota Asia milik mereka, sudah tentu pemain-pemain selain daripada Malaysia yang menjadi pilihan seperti Jepun, Korea Selatan, Australia atau Iraq yang memiliki kualiti lebih baik daripada pemain negara.
“Situasinya hampir sama dengan apa yang berlaku di Malaysia yang mana pasukan lebih berminat untuk mendapatkan pemain dari Korea Selatan, Australia atau Lebanon berdasarkan reputasi mereka berbanding negara jiran seperti Singapura atau Indonesia,” kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo! semalam melaporkan ketiadaan pemain profesional negara yang keluar daripada kepompong Liga Malaysia (Liga M) untuk mengikuti jejak beberapa pemain terdahulu seperti Mohd. Safee Sali, Lim Teong Kim dan Akhmal Rizal Ahmad Rakhli yang berani untuk berkelana.
Sementara itu, Sathianathan yang kini merupakan ketua jurulatih Felda United turut melihat faktor tawaran gaji yang rendah menjadi salah satu sebab pemain-pemain negara tidak berminat untuk mengasah bakat pada liga luar.
“Sekiranya gaji pemain negara ketika ini sudah mencapai lingkungan RM20,000 sebulan, mereka pasti mahu tawaran yang lebih besar sekiranya mahu berhijrah kerana agak sukar untuk hidup di negara orang dengan gaji yang rendah.
“Sudah tentu mereka hanya akan menyusahkan diri dan keluarga nanti.
“Justeru, sekiranya mahu pemain negara berhijrah, tawaran dan kemudahan yang diberikan perlulah relevan.
“Apa yang pasti, standard di liga luar lain, sekiranya ada yang berminat pun pasti bukan daripada kelab berpangkalan dalam liga utama kerana kebanyakan yang menerima tawaran adalah daripada divisyen dua atau tiga,” katanya yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan
Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2s3KZjm
Hakcipta terpelihara
Thus Article ‘Pemain negara belum matang’
Itulah artikel ‘Pemain negara belum matang’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel ‘Pemain negara belum matang’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pemain-negara-belum-matang.html
0 Response to "‘Pemain negara belum matang’"
Catat Ulasan