Loading...
Tajuk : Peluang Malaysia beraksi di Minas Gerais
link : Peluang Malaysia beraksi di Minas Gerais
Peluang Malaysia beraksi di Minas Gerais
ARKIB : 07/02/2006
KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan bawah 20 tahun mendapat penghormatan tertinggi apabila buat pertama kali menerima undangan menyertai Kejohanan Copa B.H Futebol Junior di Gerais, Brazil.
Kejohanan paling berprestij di Minas Gerais yang pernah menampilkan aksi-aksi Ronaldinho, Ronaldo, Kaka, Roberto Carlos, Juninho dan Dida akan berlangsung dari 12 hingga 20 Julai ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, kejohanan itu menjadi medan terbaik sebagai persiapan rapi skuad kebangsaan menghadapi pusingan akhir Piala Asia bawah 20 tahun di Kolkata, India Ogos ini.
Menurut beliau, skuad kebangsaan di bawah kendalian jurulatih K. Rajagopal mendapat penghormatan menerima undangan tersebut atas prestasi konsisten sepanjang tahun lalu.
``Ini adalah satu penghormatan tertinggi kerana skuad kebangsaan adalah salah satu daripada empat pasukan luar yang mendapat undangan ini.
``Kejohanan ini juga menjadi medan ujian terbaik buat pemain negara menimba pengalaman bermain dengan kelab-kelab terbaik di Brazil,'' ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Kejohanan paling berprestij diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Mina Gerais, Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Anak didik Rajagopal layak ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 20 selepas menewaskan Myanmar menerusi agregat 4-3 tahun lalu sekali gus layak ke Kolkata, India.
Ibrahim berkata, skuad kebangsaan akan bersaing dengan beberapa pasukan elit yang telah mengesahkan untuk mengambil bahagian seperti Corinthians, Sao Paulo, Flamengo, Fluminese, Santos, Gremio, Palmeniras, Cruzeiro, Atletico Minerio dan Botafogo.
Kejohanan ini pernah disertai beberapa kelab dari luar yang seperti Toluca (Mexico), Feyenoord (Belanda) dan Boca Juniors (Argentina).
Pasukan yang akan mengambil bahagian akan dibahagikan kepada enam kumpulan dan akan bermain sebanyak lima perlawanan.
Juara kumpulan, naib juara dan empat pasukan terbaik yang menduduki tangga ketiga akan layak ke peringkat kalah mati.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2t9HcRV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Peluang Malaysia beraksi di Minas Gerais
Itulah artikel Peluang Malaysia beraksi di Minas Gerais Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Peluang Malaysia beraksi di Minas Gerais dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/peluang-malaysia-beraksi-di-minas-gerais.html
0 Response to "Peluang Malaysia beraksi di Minas Gerais"
Catat Ulasan