Loading...

Pelengkap Lebaran

Loading...
Pelengkap Lebaran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelengkap Lebaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelengkap Lebaran
link : Pelengkap Lebaran

Baca juga


Pelengkap Lebaran



Bagaikan sebuah galeri ia memaparkan bagaimana jenama ini bermula. Gambar yang dibingkaikan dan digantung di dinding mempunyai cerita tersendiri. 

Dimulakan dengan foto kempen Tudung People pertama di Singapura kemudian gambar klasik Pengasas Tudung People Fazrena Aziz dan abangnya Dr Fazly Azry di rumah nenek mereka yang menjadi lokasi permulaan dua beradik ini menjalankan perniagaan.

Dinding Sensori Tudung People pula menyediakan hiasan tiga dimensi yang mempamerkan sembilan jenis koleksi tudung berbeza seperti Maysaa, Arraynaa Diamant, Numan, NLuxe, Hawa, Edisi Terhad (Pale & Fleur Du Juor) dan Lamia.

Menariknya tetamu bukan setakat dihidangkan dengan pertunjukan fesyen raya, tetapi boleh mengikuti perkembangan jenama ini sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang. Dilancarkan pada 2011, apabila Fazrena yang ketika itu belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mula mengenakan hijab dengan sempurna.

Namun, dia berasakan selendang di pasaran terlalu kecil untuk dipakai kerana kebanyakannya pendek manakala selendang yang luas pada masa itu hanyalah pashmina. “Namun, pashmina agak keras fabriknya dan panas, tidak sesuai untuk pelajar seperti saya. Berbekalkan minat saya mula membuat rekaan selendang dan menjual di Facebook.

Tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakkan. Daripada beroperasi di rumah kami mengisi pesanan secara manual dan menghantar sendiri barangan kepada pengguna. Namun, kini Tudung People mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk melakukan operasi perniagaan. Tanpa mereka, mungkin Tudung People tidak menjadi gah seperti hari ini,” kata Fazrena.

Kemuncak kejayaan jenama ini apabila ia mula mengeluarkan dua ukuran selendang iaitu sederhana dan bersaiz lebar bagi memberi pilihan kepada wanita daripada pelbagai golongan usia. “Daripada saiz sederhana, kami mula menghasilkan selendang berukuran besar dan lebar iaitu L dan XL sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Lebih penting Tudung People boleh digayakan ke sebarang acara sama ada kasual, formal, glamor atau sporty,” katanya. Tidak lengkap rasanya tanpa menghasilkan rekaan tudung untuk lebaran yang sentiasa dinanti-nantikan.

Koleksi Raya Tudung People 2017 merekodkan himpunan yang memberi banyak pilihan dari cetakan khas bermotifkan floral hingga ke perhiasan mewah batu Swarovski dan kristal jamaiki. Bertemakan #RayaforAll, koleksi kali ini mempamerkan ukuran dan kompleksi berbeza bersama panduan pemakaian untuk pelanggan.

Hasil rekaan yang memukau setiap selendang berasaskan rona cerah dan segar. Cetakan koleksi tudung ini diilhamkan menerusi keindahan bunga liar seperti teluki. “Cetakan khas pada helaian tudung pasti menampakkan elemen eksklusif pada pemakai.

Selain itu, tudung segera yang menjadi fenomena pada masa kini tetap dihasilkan bagi mereka yang mahu kelihatan cantik dan sopan dengan mudah. Kami juga mengeluarkan koleksi premium asas, dengan setiap helaian menggunakan material lembut seakan kapas, yang membuatkan si pemakai berasa segar dan selesa,” katanya.

Selain Malaysia, syarikat ini mempunyai 12 pengedar antarabangsa iaitu di Brunei, Singapura, Jepun, Arab Saudi, New Zealand dan Amerika Syarikat. Semua koleksi rayanya boleh didapati di Bangi Gateway dan Bangi Sentral atau menerusi penjualan dalam talian.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sA8tQl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pelengkap Lebaran

Itulah artikel Pelengkap Lebaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelengkap Lebaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pelengkap-lebaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelengkap Lebaran"

Catat Ulasan

Loading...