Loading...

Pegawai kadet mati didera dengan seterika

Loading...
Pegawai kadet mati didera dengan seterika - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pegawai kadet mati didera dengan seterika, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pegawai kadet mati didera dengan seterika
link : Pegawai kadet mati didera dengan seterika

Baca juga


Pegawai kadet mati didera dengan seterika

KUALA LUMPUR 2 Jun - Dicederakan dengan seterika wap sehingga melecur teruk.

Itu kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh seorang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, dipercayai akibat didera sekumpulan rakannya.

Lebih menyedihkan, mangsa yang merupakan pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Elektrik disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada pukul 10 malam tadi telah menderita sakit akibat didera sejak beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, susulan keja­dian itu, pihaknya menahan sebanyak 32 mahasiswa UPNM dan empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia antara 20 dan 21 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bermula pukul 11 malam tadi.

“Permohonan reman terhadap kesemua 36 suspek telah dibuat dan mereka kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Khamis depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadzil, pihaknya masih menyiasat mengenai kejadian dan akan mengambil kira setiap aspek serta maklumat yang diperoleh.

Sementara itu, satu maklumat yang tular menyatakan mangsa dipercayai didera hanya kerana disyaki mencuri komputer riba milik rakan seuniversiti.

Berdasarkan maklumat itu, selain dicederakan dengan seterika wap, mang­sa turut dipukul dengan getah paip, pe­nyangkut baju dan tali pinggang.

Mangsa dikatakan didera pada 20 dan 21 Mei lalu di asrama UPNM dan akibat kecederaan teruk yang dialaminya dia telah dibawa ke sebuah klinik di sekitar Bangi, Selangor sebanyak dua kali oleh rakan-rakannya pada 27 Mei dan kelmarin.

Maklumat itu turut menyebut, selepas dibawa ke klinik kelmarin, mangsa dan rakan-rakannya tidak pulang sehinggalah dia dibawa ke Hospital Serdang malam tadi dipercayai dari sebuah apartmen di Kajang dan disahkan meninggal dunia di sana kira-kira pukul 10 malam.

Ketika diminta mengulas mengenai maklumat yang tular itu Fadzil menjelaskan, maklumat itu bukan daripada polis dan pihaknya akan menjalankan siasatan. - UTUSAN MALAYSIA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPeCIL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pegawai kadet mati didera dengan seterika

Itulah artikel Pegawai kadet mati didera dengan seterika Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pegawai kadet mati didera dengan seterika dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pegawai-kadet-mati-didera-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pegawai kadet mati didera dengan seterika"

Catat Ulasan

Loading...