Loading...

Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri

Loading...
Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri
link : Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri

Baca juga


Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri

KUANTAN: Pasukan Polis Marin akan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan menjelang sambutan Aidilfitri bagi menangani kes jenayah, penyeludupan dan ancaman militan Daish di perairan negara ini.

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Abdullah berkata pendekatan itu diambil berikutan berlaku peningkatan kes berkenaan pada musim perayaan berdasarkan trend beberapa tahun sebelum ini.

"Kita menyedari musim perayaan adalah waktu bagi penjenayah, penyeludup mahupun nelayan asing mengambil kesempatan melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Situasi ini serupa sahaja sama ada di laut, darat mahupun udara dan dengan ini kita akan meningkatkan kawalan perairan kita bagi mengekang sebarang ancaman terhadap keselamatan negara terutama melibatkan gerakan kumpulan Daish," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Iftar Ramadan dan Jasamu Dikenang di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di sini malam tadi.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengharapkan golongan nelayan supaya segera memaklumkan kepada pihak polis marin sekiranya melihat sebarang aktiviti mencurigakan di laut supaya tindakan segera dapat diambil.

Abdul Rahim berkata Markas Pasukan Polis Marin di Kuantan dilihat memainkan peranan penting dalam pelaksanaan operasi agensi itu di pantai timur kerana ia menyelia tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Ketiga-tiga negeri yang berada dalam wilayah timur ini meliputi kawalan sekitar Laut China Selatan dan difahamkan lokasi ini sering berlaku pencerobohan nelayan warga asing terutamanya Vietnam yang menangkap ikan secara haram di perairan kita.

"Justeru kita perlu siap siaga dengan melakukan pemantauan 24 jam dan meletakkan aset kita di lokasi tertentu dalam usaha mencegahnya," katanya.

Sementara itu, pada majlis sama seramai 20 pelajar tahfiz dari Pusat Tahfiz Darul Ulum Beserah di sini dan tujuh pesara polis menerima sumbangan bersempena Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtmj7H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri

Itulah artikel Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pasukan-polis-marin-tingkat-kawalan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri"

Catat Ulasan

Loading...