Loading...

‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya

Loading...
‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya
link : ‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya

Baca juga


‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya



PETALING JAYA: Sempena kedatangan Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi, 'pasport Malaysia' ini semakin mendapat perhatian.

Kanak-kanak bukan sahaja gembira bila mendapatnya, malah ia menjadi keperluan untuk orang dewasa ketika mengunjungi sanak saudara mahupun jiran tetangga.

Namun jangan keliru kerana 'pasport Malaysia' yang dimaksudkan bukanlah dokumen perjalanan rakyat Malaysia untuk ke luar negara, tetapi ia sebenarnya adalah sampul duit raya.

Bentuknya sama seperti kebanyakan sampul duit raya, dengan rekaan kulit hadapannya seperti pasport Malaysia dan di kulit belakang tertera perkataan ‘Dengan ingatan tulus ikhlas’ berserta nama dan logo Jabatan Imigresen.

Bagi raya kali ini, sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Johor.

Pengarah Imigresen negeri itu, Datuk Rohaizi Bahari berkata, ia dikeluarkan oleh jabatan itu sejak 2013 dan sehingga kini menjadi rebutan setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Kami pernah mengeluarkan dua rekaan yang lain sebagai tambahan selepas itu tetapi tidak mendapat sambutan.

“Jadi, kami hanya mengekalkan satu rekaan ‘pasport Malaysia’ sahaja sehingga ke hari ini. Namun, terdapat penambahbaikan dari segi kualiti dari segi penggunaan kertas termasuk rekaan secara ‘emboss’ (cetakan timbul) berbanding dulu hanya cetakan biasa,” katanya.


Sampul duit raya 'pasport Malaysia'.
Rohaizi berkata, sempena Aidilfitri kali ini, sebanyak 7,000 keping dikeluarkan menerusi cetakan pertama dan kedua.

Sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ yang dijual dalam setiap pek mengandungi 10 keping itu dijual pada harga RM5.

Ditanya sama ada pek sampul duit raya itu dijual kepada orang ramai, Rohaizi berkata, setakat ini ia dijual kepada kakitangan imigresen.

“Setakat ini, ia tidak dijual secara langsung kepada orang awam. Sampul duit raya ini bukan sahaja dibeli kakitangan imigresen di Johor malah mendapat permintaan dari cawangan negeri-negeri lain termasuk di Sabah,” katanya sambil menambah sampul berkenaan akan membantu orang ramai mengenali Jabatan Imigresen termasuk pasport sebagai dokumen perjalanan penting buat rakyat Malaysia.

Pasport Malaysia merupakan pasport kelima paling berkuasa di dunia, menurut kedudukan terkini Global Passport Power Rank 2017.

Malaysia berada pada kedudukan kelima bersama Ireland dan Kanada yang berkongsi mata keseluruhan Visa-Free-Score (VFS) sebanyak 155 mata.

Berdasarkan kedudukan yang diterbitkan laman web Arton Capital’s Passport Index, VFS mewakili jumlah negara bagi pemegang pasport yang boleh melawat tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan. - Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXh1Nt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article ‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya

Itulah artikel ‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pasport-malaysia-jadi-rebutan-hari-raya_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya"

Catat Ulasan

Loading...