Loading...
Tajuk : Parti Harapan Malaysia mohon RoS percepat kelulusan pendaftaran
link : Parti Harapan Malaysia mohon RoS percepat kelulusan pendaftaran
Parti Harapan Malaysia mohon RoS percepat kelulusan pendaftaran
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Parti Harapan Malaysia (PHM) hari ini menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Datuk Mohammad Razin Abdullah memohon supaya kelulusan pendaftaran parti berkenaan dipercepatkan.
Timbalan presiden jawatankuasa penajanya, Johari Musa berkata, permohonan untuk mendaftarkan PHM dihantar pada 10 Disember 2015 dan pada 6 Mac tahun lepas pihaknya membayar wang pendaftaran atas nama Parti Harapan Malaysia.
"Sejak 6 Mac, kami tidak menerima apa-apa berita dari pihak ROS dan semakan terakhir beberapa bulan lalu mendapati status parti ini adalah menunggu kelulusan,"katanya kepada pemberita selepas menghantar surat berkenaan kepada RoS di Putrajaya.
Beliau berkata PHM ingin menyertai pilihan raya umum yang akan datang dengan bergerak secara sah di sisi undang-undang pertubuhan.
Menurutnya, lebih 40,000 individu dari seluruh negara berhasrat menyertai parti itu.
Johari turut mengingatkan pakatan pembangkang yang menggunakan nama Pakatan Harapan bahawa PHM sudah menghantar permohonan untuk mendaftarkan nama 'Parti Harapan Malaysia' sejak 2015 ketika pakatan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Thus Article Parti Harapan Malaysia mohon RoS percepat kelulusan pendaftaran
Itulah artikel Parti Harapan Malaysia mohon RoS percepat kelulusan pendaftaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Parti Harapan Malaysia mohon RoS percepat kelulusan pendaftaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/parti-harapan-malaysia-mohon-ros.html
0 Response to "Parti Harapan Malaysia mohon RoS percepat kelulusan pendaftaran"
Catat Ulasan