Loading...

Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah

Loading...
Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah
link : Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah

Baca juga


Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah

Rakaman filem Exodus Gods and Kings

Seorang pakar marin mengaku telah mengetahui rahsia terbelahnya Laut Merah, ketika Nabi Musa melarikan diri dari dikejar oleh Firaun dan pengikutnya.

Bruce Parker, profesor jemputan di Stevens Institute of Technology, New Jersey mendakwa Nabi Musa tidak bergantung kepada keajaiban dari Tuhan untuk membelah Laut Merah.

Tapi dia mungkin menggunakan pengetahuannya tentang pasang surut saat mengetuai orang-orang bani Israel menyeberangi Laut Merah untuk melarikan diri dari Firaun dan pengikutnya.

Bekas ketua saintis National Ocean Service di National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) Amerika Syarikat ini menulis di Wall Street Journal, bahawa Nabi Musa menggunakan ilmunya mengenai pasang surut bagi memastikan pengikutnya boleh menyeberang dengan selamat.

Sebelum ini ada teori yang mengatakan, terbelahnya Laut Merah akibat tsunami yang berlaku kerana gempa bumi. Ini disebabkan sebelum tsunami berlaku, biasanya perairan pesisir akan surut.

Namun teori itu disangkal oleh Parker yang mengatakan bahawa air akan kembali dalam masa 20 minit. Masa yang singkat itu mustahil memberikan Nabi Musa masa yang cukup untuk melalui dasar laut yang kering, yang dipercayai terletak di Teluk Suez yang berada di hujung utara Laut Merah.

Selain itu, Nabi Musa perlu mendapat wahyu terlebih dahulu dari Tuhan bahawa akan berlaku gempa bumi dan tsunami.

Jika berlaku surut di Teluk Suez jadi dasar lautnya boleh kering sehingga berjam-jam. Nabi Musa berkhemah di pantai sebelah barat Teluk Suez apabila melihat tentera Firaun masih lagi jauh.





Ilustrasi Nabi Musa membelah laut
Awan debu yang disebabkan oleh kuda pengikut Firaun yang semakin dekat akan membolehkan Nabi Musa untuk mengira waktu mereka sampai, kata Parker.

Kerana hidup di padang pasir, Nabi Musa mempunyai ilmu tentang pasang surut Laut Merah dan dengan melihat bulan, dia boleh meramalkan masa surut akan berlaku.

Pengetahuan ini tidak dimiliki orang yang tinggal di sepanjang Sungai Nil, yang dihubungkan ke Laut Mediterranean yang tidak mempunyai pasang surut yang unik.

"Mengetahui bila-bila surut akan berlaku, berapa lama dasar laut akan terus kering dan pada bila-bila air akan naik kembali, Nabi Musa boleh merancang pelariannya bersama orang-orang bani Israel," tulis Parker.

Apabila mereka lari, bulan purnama muncul secara penuh dan ketika itu surut berada pada titik terendah sehingga dasar laut boleh terus kering sehingga berjam-jam memberikan masa yang lama bagi Nabi Musa untuk menyeberang. Selepas itu, apabila air pasang berada pada titik tertingginya sehingga boleh menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Untuk melakukan itu semua, Nabi Musa perlu mempunyai pengiraan yang sempurna.

Parker bukanlah saintis pertama yang mengutarakan teori bagi membongkar keajaiban Laut Merah. Dalam sebuah tulisan yang ditulis oleh seorang sejarawan kuno bernama Artapanus yang hidup antara 80-40 sebelum Masihi mendakwa; "Musa, menunggu air surut dan memimpin orang-orang menyeberang lautan saat dasarnya kering."



Cerita diterjemah dari DailyMail untuk bahan bacaan sahaja.

Itu pandangan saintis barat. Jom tonton pula video mengenai kisah Nabi Musa membelah laut yang diceritakan oleh Ustaz Nazmi Karim, menarik tau, tengok sampai habis.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smmCRa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah

Itulah artikel Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pandangan-ilmuan-barat-disebalik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pandangan Ilmuan Barat Disebalik Mukjizat Nabi Musa Belah Laut Merah"

Catat Ulasan

Loading...