Loading...

Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu

Loading...
Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu
link : Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu

Baca juga


Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu

ALOR SETAR: Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) agar tidak tertipu oleh 'amil palsu' yang akan muncul pada minggu akhir Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Othman berkata seramai 3,200 amil telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang dipilih di seluruh pelusuk negeri dan mereka mempunyai kad kuasa bersama buku resit bayaran berwarna oren yang sah daripada LZNK.

"Perkara pertama yang perlu diberi perhatian pembayar zakat ialah memastikan individu yang mengutip zakat di masjid, kompleks beli-belah, bank-bank dan pasar raya mempunyai kad kuasa yang digantung pada leher dan resit bayaran adalah daripada LZNK yang berwarna oren, supaya tidak tertipu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran kaunter Drive Tru (pandu lalu) Bayaran Zakat Fitrah di Menara Zakat Kedah di sini, hari ini.

Katanya, kaunter yang dibuka pada pukul 8 pagi hingga 7 malam sehingga akhir Ramadan memberi kemudahan kepada orang ramai membayar zakat fitrah dengan cepat dan berkesan.

Beliau berkata dalam tempoh dua jam (8 pagi hingga 10 pagi) kaunter berkenaan berjaya mengumpul RM1,200 daripada 160 pembayar zakat yang menggunakan kemudahan pandu lalu itu.

Dalam pada itu, Zakaria turut meminta kakitangannya memantau bagi mengenal pasti terdapat individu tertentu termasuk amil yang dilantik LZNK mengambil kesempatan mengutip zakat fitrah bagi pihak lain.

"Kita dapat aduan ada individu ambil kesempatan bahkan ada amil kita sendiri yang ambil kesempatan memungut zakat fitrah ini bagi orang lain dan saya dah beri peringatan kepada semua amil kita dan berharap perkara ini tak berulang tahun ini," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata jumlah jutipan keseluruhan jenis zakat di Kedah sehingga 19 Jun ini ialah RM70 juta, peningkatan RM8 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Zakat pendapatan adalah tertinggi iaitu RM40 juta, zakat perniagaan RM17.846 juta dan zakat wang simpanan sebanyak RM7 juta.

Belau juga meminta orang ramai supaya tidak menunggu saat-saat akhir untuk menunaikan zakat fitrah dan datang awal bagi mengelak berlaku kesesakan di kaunter-kaunter zakat.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNNZ7a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu

Itulah artikel Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/orang-ramai-diminta-berwaspada-bayar_19.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu"

Catat Ulasan

Loading...