Loading...

Orang Ramai Digesa Derma Darah

Loading...
Orang Ramai Digesa Derma Darah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Orang Ramai Digesa Derma Darah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Orang Ramai Digesa Derma Darah
link : Orang Ramai Digesa Derma Darah

Baca juga


Orang Ramai Digesa Derma Darah

KUALA LUMPUR – Kadar penderma sepanjang Ramadan menurun hampir 40 peratus menyebabkan Pusat Darah Negara (PDN) mengalami kekurangan bekalan darah terutamanya semasa Aidilfitri.

Sehubungan itu, Pengarah PDN Dr Noryati Abu Amin menggesa rakyat Malaysia tampil menderma darah bagi menampung keperluan 2,000 pek darah sehari di seluruh negara, termasuk di kawasan Lembah Klang yang memerlukan 500 pek darah sehari.

“Selain kes-kes kecemasan, bekalan darah  juga diperlukan untuk pesakit thalassemia dan kanser,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau melahirkan rasa bimbang dengan kekurangan  penderma darah pada Ramadan kerana ia  boleh menyebabkan pusat itu tidak dapat menampung permintaan bekalan darah yang memuncak pada Aidilfitri.

Seramai 1,000  pesakit di seluruh negara menerima bekalan darah setiap hari.

“Apa yang paling dirisaukan adalah bekalan untuk dua minggu pertama Syawal. Orang ramai tidak datang menderma kerana sibuk menyambut hari raya bersama keluarga manakala yang bukan Islam pula dalam mood bercuti.

“Keadaan ini adalah cabaran buat kami di PDN dan mana-mana unit transfusi darah. Walaupun masing-masing sibuk bercuti dan beraya, saya minta orang ramai supaya tidak lupa menderma darah bagi membantu menampung keperluan untuk pesakit,” katanya.

Sebagai persiapan berdepan keadaan kritikal itu, katanya, PDN dan pihak hospital menggiatkan kempen sepanjang Ramadan dengan melanjutkan tempoh pendermaan darah di PDN selain mengadakan kempen pada waktu malam di masjid dan rumah-rumah ibadat yang lain.

“Bekalan darah untuk kegunaan sepanjang Ramadan masih mencukupi kerana kami siap sedia sejak dua minggu sebelum bulan puasa bermula walaupun jumlah ini dikira mencukupi untuk keperluan semasa. Namun, ia akan menjadi kritikal sekiranya orang ramai tidak datang menderma,” jelasnya.

Dr Noryati berkata bekalan darah yang kurang adalah bagi kesemua jenis darah dengan A, B dan O amat diperlukan selain platelet dan plasma.

Beliau berkata pihaknya perlu bertindak proaktif untuk meningkatkan bekalan darah berikutan adanya sebahagian komponen darah yang mempunyai tempoh hayat singkat dan perlu diganti dengan kerap.

“Tiap-tiap jenis darah mempunyai jangka hayat yang berbeza dan cara penyimpanannya juga berbeza,” katanya sambil memberitahu PDN atau mana-mana hospital terpaksa menghubungi penderma tetap bagi meminta mereka menderma sekiranya bekalan darah berdepan tahap kritikal,” katanya.

Dr Noryati berkata sebanyak 2.3 peratus daripada 30 juta penduduk Malaysia merupakan penderma darah dengan 2015 menyaksikan peningkatan penderma iaitu lebih 230,000 penderma baharu.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan supaya jumlah itu terus meningkat dan masyarakat sedar tentang kebaikan serta kepentingan menderma darah.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYHr1e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Orang Ramai Digesa Derma Darah

Itulah artikel Orang Ramai Digesa Derma Darah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Orang Ramai Digesa Derma Darah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/orang-ramai-digesa-derma-darah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang Ramai Digesa Derma Darah"

Catat Ulasan

Loading...