Loading...

OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan

Loading...
OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan
link : OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan

Baca juga


OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan


PETALING JAYA: Pelbagai dugaan dihadapi menjelang Aidilfitri dan terbaharu tular di media sosial kisah sekeluarga tiga beranak meminta bantuan di Facebook mengharapkan budi baik orang ramai untuk menumpangkan mereka pulang ke kampung sempena hari raya ini.

“Mohon jasa baik warga Kuantan, kami hendak tumpang ke Kelantan, nak balik raya. Kami tiga beranak. Kami bayar. Demi ayah dan bonda di kampung. Tiket sudah habis. Mohon jasa baik,” menurut posting Facebook ‘Hana Humaira’ yang dikongsikan di Facebook ‘Komuniti Kuantan’, Jumaat lalu.

Setakat ini, ‘posting’ tersebut dikongsikan lebih 60 kali dan mendapat ratusan komen daripada pengguna Facebook.

Ramai bersimpati terhadap luahan Mohd Azhar Abdullah, 32, dan Hajar Azmi, 29, bersama anak perempuan mereka, Nur Hana Humaira, sembilan bulan, termasuk mencadangkan beberapa bantuan bagi mempermudahkan urusan tiga beranak itu.



Mohd Azhar ketika dihubungi mStar Online berkata, dia terpaksa meminta bantuan kerana kekangan kewangan sebab terima bayaran upah yang tidak menentu, selain keadaan isterinya seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak masih kecil.

“Saya bekerja sendiri mengambil upah memotong rumput, dan kadang-kadang membantu katering. Jadi, upah tidak menentu, antara RM500 sehingga RM700 sebulan. Tak banyak, tapi Alhamdulillah cukup-cukup makan.

“Kebetulan pula, kereta saya rosak dan dihantar ke bengkel jadi perlukan kos tinggi untuk dibaiki. Nak naik bas pula tiket dah habis.

“Dengan isteri OKU, anak masih kecil dan barang-barang nak dibawa balik ke kampung mertua di Kg Kubang Bulat di Pasir Puteh, Kelantan jadi kami fikir lebih baik untuk tumpang kereta dari rumah kami di Peramu Jaya di Pekan, Pahang,” katanya sambil menambah isterinya adalah pemegang kad OKU bagi kategori ketidakupayaan fizikal.



Bagaimanapun Mohd Azhar berkata, dia bukanlah mahu meminta bantuan kewangan tetapi hanya mahu dibantu dari segi pengangkutan balik ke kampung.

“Saya tidak mahu orang ramai salah faham. Saya bukan nak duit tetapi hanya tumpangkan kami. Apa cara bantuan pun, biarlah kos tersebut ditanggung sendiri oleh penyumbang dan bukannya wang disalurkan kepada kami.


“Kalau ada yang sudi sumbangkan tiket bas, kami pula mengharapkan bantuan untuk menghantar kami ke terminal bas di Kuantan. Tak kisahlah macam mana pun, kalau kami terpaksa tumpang tiga beranak duduk di belakang lori pun kami sanggup asalkan dapat pulang berhari raya sebab dah janji dengan keluarga,” katanya. #sumber


Thus Article OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan

Itulah artikel OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/oku-sanggup-tumpang-belakang-lori-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan"

Catat Ulasan

Loading...