Loading...

Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua

Loading...
Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua
link : Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua

Baca juga


Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua


HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal ditemui mati terputus dua selepas dipercayai digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di kilometer 406.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mayat Muhammad Fakhrur Razi Mohd Khir, 21, ditemui berhampiran besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya tidak jauh dari motosikalnya.


Difahamkan, dalam kejadian itu tiga kenderaan iaitu dua jenis Honda City dan sebuah Mazda 6 dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian depan kereta selepas terlanggar objek yang tidak dikenal pasti di lorong kanan lebuh raya berkenaan dipercayai motosikal mangsa.

Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan tersebut dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kemalangan membabitkan motosikal itu hanya dapat dikesan selepas tiga pemandu terbabit melaporkan kenderaan mereka rosak kerana terlanggar objek di lebuh raya.

Menurutnya, pemeriksaan menemui motosikal mangsa melintang di lorong kanan sebelum menemui cebisan mayat mangsa di pembahagi jalan di tengah lebuh raya.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil di mana-mana balai berhampiran untuk membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Bharu di talian 03-60641222,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua

Itulah artikel Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ngeri-digilis-3-kereta-hingga-terputus_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua"

Catat Ulasan

Loading...