Tajuk : Nasihat Ustaz Syamsul Debat untuk peniaga bazar Ramadan tindas pelanggan
link : Nasihat Ustaz Syamsul Debat untuk peniaga bazar Ramadan tindas pelanggan
Nasihat Ustaz Syamsul Debat untuk peniaga bazar Ramadan tindas pelanggan
Buat para peniaga, khususnya yang berniaga di bazar Ramadan, Ustaz Syamsul Debat ada sedikit nasihat.
Ustaz Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail berkata setiap peniaga perlu amanah dalam perniagaan yang dijalankan, bukan menindas, menganiaya atau menipu pelanggan.
“Kita kata makanan kita sedap, terbaik, karipap kita kalau makan boleh terbang, makanan kita jual ‘antarabangsa’ dan macam-macam lagi.
“Bila kita sebut nama-nama yang istimewa, itu maknanya kita menjanjikan kualiti, tapi bila orang rasa tertipu, di mana keberkatan rezeki kita?,” katanya kepada mStar Online.
Beliau memberikan pandangan tentang sikap sesetengah peniaga di bazar Ramadan yang menjual makanan pada harga tidak setimpal kualiti, malah ada yang sanggup menjual makanan basi kepada pelanggan semata-mata tidak mahu rugi.
Dalam isu ini beliau meminta peniaga supaya menghargai pelanggan yang ikhlas membeli dan berniaga mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
“Bulan Ramadan ni bulan keberkatan, bulan ikhlas, janganlah kita ganggu keikhlasan orang, orang tu ikhlas membeli, mungkin dia kesian, nak tolong sesama Islam, tapi keikhlasan tu kita balas dengan bagi barang yang tak baik.
“Bila menindas, itu bukan sunnah Nabi, sunnah Nabi tak tipu orang,” katanya.
Malah, beliau juga mengingatkan para peniaga bahawa hukum menipu atau menganiaya pelanggan adalah berdosa.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa tidak semua peniaga yang didakwa menipu pelanggan itu benar-benar berniat seperti itu.
Jelasnya, ada peniaga yang sudah buat yang terbaik untuk makanan yang sedia dijual, tetapi tidak sedar bahawa makanannya itu kurang berkualiti atau kurang sedap.
“Kalau memang dah buat sedap, terbaik, kita rasa sedap dah…bila orang datang beli rasa tak sedap, itu lainlah.
“Yang saya cakap ni peniaga yang memang tahu makanan tu tak sedap tapi tetap jual, dah tahu makanan tu semalam punya, jual juga sebab tak mahu rugi,” katanya.
Dalam hal ini beliau memberi cadangan supaya peniaga lebih bertanggungjawab dengan memulangkan wang jika didatangi semula pelanggan yang mendakwa mereka teraniaya, atas dasar kepercayaan.
Jelasnya mengikut hukum bayaran balik tidak wajib dilakukan apabila berlaku situasi seperti ini kerana akad jual dan beli telah dibuat antara pembeli dan peniaga.
“Tak wajib bayar balik kalau sudah ada akad jual dan beli.
“Tapi atas dasar kepercayaan dan tanggungjawab mungkin mereka boleh pulangkan wang atau beri makanan lain kepada pelanggan itu sebagai ganti,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan pelanggan supaya membeli dengan bijak, terutama pada bulan puasa.
Sumber: MStar
Sumber Nasihat Ustaz Syamsul Debat untuk peniaga bazar Ramadan tindas pelanggan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qHp54V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Nasihat Ustaz Syamsul Debat untuk peniaga bazar Ramadan tindas pelanggan
Anda sedang baca artikel Nasihat Ustaz Syamsul Debat untuk peniaga bazar Ramadan tindas pelanggan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/nasihat-ustaz-syamsul-debat-untuk_2.html
0 Response to "Nasihat Ustaz Syamsul Debat untuk peniaga bazar Ramadan tindas pelanggan"
Catat Ulasan