Tajuk : Mozilla Firefox Versi Terbaru Lebih Efisyen Dalam Penggunaan Memori
link : Mozilla Firefox Versi Terbaru Lebih Efisyen Dalam Penggunaan Memori
Mozilla Firefox Versi Terbaru Lebih Efisyen Dalam Penggunaan Memori
Mozilla kini telah pun melancarkan versi terbaru pelayar web Firefox mereka, iaitu Firefox 54 untuk Windows, macOS dan juga Linux. Melalui pelayar web versi terkini ini, Mozilla mengatakan ia sebagai pelayar web Firefox paling terbaik setakat ini.
Firefox 54 ini kini hadir dengan sokongan multi-proses, dimana setiap tab pada pelayar web Firefox beroperasi melalui proses berasingan dalam sistem operasi. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tab pelayar web anda mengalami masalah, maka ia tidak akan memberikan impak kepada keseluruhan pelayar web berkenaan.
Mozilla turut mengatakan pelayar web mereka akan menggunakan sekitar 5 proses sahaja pada sesuatu masa dalam usaha untuk menjadikan pelayar web ini lebih efisyen, serta menggunakan memori yang kurang berbanding pesaing mereka Chrome. Sekiranya anda membuka lebih daripada 4 tab, maka ia akan berkongsi proses dengan tab lain, mengelakkan sebarang kesan terhadap penggunaan memori dikomputer.
Langkah ini juga secara tidak langsung menjadikan Firefox turut berjalan dengan lancar pada komputer dengan memori rendah atau komputer berspesifikasi rendah.
Bagi anda yang menggunakan pelayar web Firefox, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan nikmati pelayar web yang lebih pantas berbanding sebelumnya.
Muat-Turun Firefox untuk desktop
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s24oE1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Mozilla Firefox Versi Terbaru Lebih Efisyen Dalam Penggunaan Memori
Anda sedang baca artikel Mozilla Firefox Versi Terbaru Lebih Efisyen Dalam Penggunaan Memori dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/mozilla-firefox-versi-terbaru-lebih.html
0 Response to "Mozilla Firefox Versi Terbaru Lebih Efisyen Dalam Penggunaan Memori"
Catat Ulasan