Loading...

Mood Raya Hilang

Loading...
Mood Raya Hilang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mood Raya Hilang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mood Raya Hilang
link : Mood Raya Hilang

Baca juga


Mood Raya Hilang

Mood Raya Hilang

Assalamualaikum wbt.. Salam 25 Ramadhan to Admin dan Semua umat islam. Thanks Admin kalau siarkan luahan aku ni.

Aku anak bongsu perempuan dari 3 orang kakak dan seorang abang. Means, Aku dah ada 3 orang abang ipar. Yes aku sorang lagi belum kawin dan masih study di perantauan. Dan aku ni antara anak yang slow dalam Akademik nak banding dengan kakak-kakak aku yang super genius tu. (Bak kata mereka semua la aku ni loading) part ni memang aku terasa dan sedar diri kot dan still lagi ingat sampai sekarang.

Semalam mak aku call tanya bila balik cuti raya dan bla bla, nak di jadikan cerita mak aku cakap abang ipar aku still lagi stay kat umah kami sebab kakak aku baru habis pantang. Mood aku nak balik cuti beraya terus down. Sebab apa? Sebab dah tahu nanti aku tak bebas kat rumah tu.

Kakak-kakak aku ni style anak orang kaya (padahal tak pon) jarang nak ringankan tulang tolong mak aku kat dapur. Kalau dorang datang kat umah request nak makan macam-macam suruh mak aku masak pastu bajet diri tetamu. (memang depa cakap depa tetamu pon). Sahkan nak tolong masak sama, lepas makan pinggan sebijik pon nak tinggal jugak buat azimat dalam sinki tu. (salah satu contoh ajela). Selalunya bahagian kemas rumah ke apa memang depa akan tunggu aku balik cuti. Senang cerita nama aku dah memang dah di copkan kemas rumah kat rumah tu.
(Aku orang kampung okey takde bibik 😛 )

Berbalik pasal hilang mood nak beraya, sebenarnya aku dah tau dah nanti 24jam memang kena bertudung. Korang bayangkan laa nanti satu rumah tu dari dapur, ruang tamu, bilik-bilik nak kena kemas dengan pakai tudung bagai. Nak mengemas tu takda masalah bagi aku, tapi nak kena bungkus 24jam sambil buat keja tu buat aku bikin panas hati jiwa raga. Hari tu cuti seminggu pon dah banyak kali kantoi dengan abang ipar tak pakai tudung. Dah tau rumah tu besar dan tak dengar orang datang, boleh pulak masuk umah macam pencuri diam-diam aje. Mahu aja aku hempuk dengan kepala katil yang besi tu. Bajet nak main cak-cak dengan aku ke apa? Erghhh Hahha

Aku bukan nak salahkan syariat islam supaya menjaga batas aurat dengan abang ipar, tak. Tapi aku stress dengan kakak-kakak aku yang bajet tetamu-tetamu terhormat hotel tu. Pastu boleh pulak buat muka mintak penampar tengok je aku mengemas dengan laki dia depan tv sambil makan-makan. Kalau aku tak buat sampai hati ke oii nak tengok orang tua kat umah tu yang mengemas? Aku yang darah muda pon penat apatah lagi nak suruh orang tua. (part ni kakak-kakak aku lagi suka agaknya tau-tau aje dah bersih). Tu tak termasuk dengan karenah anak-anak menakan yang total 20 orang kecik-kecil lagi tu. Aku rasa sesiapa pon yang sama nasib dengan aku walau selalu baiki niat supaya ikhlas pon dah kerap sangat niat ikhlas pon dah bertukar.

Aku sebenarnya luah kat sini bukan nak membuka pekung di dada, tapi nak nasihat sepatah dua kata dari gambaran yang aku bagi.

1) Buat yang bergelar abang ipar, bertimbang rasa lah fikirkan juga kebebasan adik ipar perempuan yang kena jaga batasan aurat ni. Sekalipon taknak ringankan tulang tolong mak mentua, bawak-bawak laa bini kau balik umah. Daripada duduk lama-lama tapi menyusahkan orang tua, baik tak payah la. Dari kau nak jadi menantu mithali asyik balik jenguk mentua, tapi tak buat apa-apa (sekadar nak rehat jadikan mak aku orang gaji) aku nasihatkan pergi la sewa hotel mana-mana yang best. Tak menyusahkan aku dan tak menyusahkan orang lain. Aku pon rimas tau tak menghadap kau 24jam dengan tudung bagai. Hahaa

2) Anak-Anak perempuan.
Simple dan mudah. Kalau begitu kau layan mak kau, tunggu ajalah nanti dah dapat anak, anak kau layan macam mana kau sepertimana contoh yang mak ayah dia tunjukkan. Selalu aja aku dengar mak merungut bila anak-anak nak balik, nak makan macam-macam tapi berat tulang, pampers anak tinggal merata n bla bla bla

Guys, Hati ibu mana yang tak suka anak cucunya pulang jenguk, tapi bila dah ibu sendiri yang buka mulut merungut, hati-hatilah guys. Fikir-fikirkan. Ia berkait dengan soal keberkatan hidup. Sebenarnya aku pon hairan orang perempuan ni, cemana nak kawin beriya-riya tapi perangai pemalas tahap dewa. Hahaa

Nak raya ni, bawak-bawak lah ubah perangai sama-sama ke arah kebaikan dan Keredhaan ya.

Salam Aidilfitri dari anak perantauan.

Kak Jemah Mereput

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sPbJaJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Mood Raya Hilang

Itulah artikel Mood Raya Hilang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mood Raya Hilang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/mood-raya-hilang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mood Raya Hilang"

Catat Ulasan

Loading...