Loading...

Misi di Poland tanpa kemenangan

Loading...
Misi di Poland tanpa kemenangan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Misi di Poland tanpa kemenangan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Misi di Poland tanpa kemenangan
link : Misi di Poland tanpa kemenangan

Baca juga


Misi di Poland tanpa kemenangan



ARKIB : 12/08/2005

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD


KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun negara mengakhiri kunjungan ke Poland sejak 2 Ogos lalu, sebagai persediaan ke Sukan SEA Manila, tanpa sebarang kemenangan setelah kalah 1-2 kepada Belia Bawah 21 Tahun Poland di Kowal, kelmarin.

Sebelumnya, skuad bimbingan Bertalan Bisckei dari Hungary ini sekadar seri 1-1 dengan lawan yang sama, Isnin lalu dan seri 2-2 dengan Rypin FC dari bahagian empat Poland, selain kalah kepada kelab bahagian dua, Kujawiak Wloclawek FC 2-4 pada minggu lalu.

Dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wloclawek itu, skuad Bawah 23 menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain tengah, Zairo Anuar Zalani dari Terengganu yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47.

Dua minit kemudian, lawan yang sedang menyertai Kumpulan Enam Kelayakan Kejohanan Eropah Bawah 21 dan menduduki tempat ketiga di belakang England dan Jerman, menghampakan anak didik Bisckei dengan meraih gol kemenangan mereka.

Bisckei yang tetap menganggap banyak kemajuan yang dipaparkan oleh anak buahnya di sebalik keputusan sederhana itu, berkata: ``Ini hanya peringkat pertama persediaan pasukan selepas menjalani proses pemilihan 22 pemain.

``Secara keseluruhan, kunjungan ke Poland telah mencapai matlamat dalam menyediakan pasukan dengan serba sedikit perlawanan untuk menguji dan menilai kemampuan mereka,'' kata Bisckei, bekas jurulatih kebangsaan Hungary.

Penjaring lain skuad Bawah 23 dalam kesemua perlawanan itu ialah dua gol oleh Amir Shahreen Mubin (Public Bank), R. Surendran (Perak) dan Khairulzal Azmi Zaihiruddin (Telekom Melaka).

Tugasan skuad ini berikutnya ialah Kejohanan Pra-Sukan SEA di Thailand anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada akhir bulan ini yang diletakkan sekumpulan dengan Thailand, Myanmar, Timor Leste dan Filipina.

Skuad ini juga seterusnya akan berkunjung ke Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Oktober ini untuk mengadakan beberapa lagi perlawanan persahabatan sebelum menghadapi Sukan SEA ke-23, November depan di mana mereka ditetapkan sasaran meraih pingat emas.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2ryO5yO
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Misi di Poland tanpa kemenangan

Itulah artikel Misi di Poland tanpa kemenangan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Misi di Poland tanpa kemenangan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/misi-di-poland-tanpa-kemenangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Misi di Poland tanpa kemenangan"

Catat Ulasan

Loading...