Tajuk : Minyak Mentah Sedikit Pulih Dalam Sesi Eropah, Lambakan Stok Masih Menekan Harga
link : Minyak Mentah Sedikit Pulih Dalam Sesi Eropah, Lambakan Stok Masih Menekan Harga
Minyak Mentah Sedikit Pulih Dalam Sesi Eropah, Lambakan Stok Masih Menekan Harga
Harga minyak mentah bergerak lebih rendah dalam sesi dagangan Asia pada Isnin di mana pasaran mengambil kira peningkatan jumlah pelantar di US seperti yang dilaporkan oleh Baker Hughes pada minggu lalu.
Minyak WTI (West Texas Intermediate) didagang di sekitar $46.22 setong setakat pukul 6.10 petang waktu Malaysia, naik dari paras terendah hari ini $45.84 setong. Manakala minyak Brent (Brent oil) naik dari $48.16 setong kepada $$48.61.
Komoditi hitam mengalami kerugian minggu ketiga berturut-turut pada minggu lalu berikutan kebimbangan terhadap peningkatan bekalan dari US yang akan menjejaskan perjanjian pemotongan OPEC untuk mengibangi pasaran ini.
Syarikat perkhidmatan tenaga yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Baker Hughes berkata pada Jumaat bahawa pengeluar minyak US menambah pelantar buat kali ke 21 minggu berturut-turut yang terpanjang dalam sejarah. Hal ini menunjukkan potensi peningkatan pengeluaran bekalan minyak mentah dari US di masa hadapan.
Pelantar bertambah sebanyak 8 yang membawa kepada jumlah setakat ini sebanyak 741.
Bulan lalu, OPEC dan non-OPEC bersetuju dalam perjanjian pemotongan bekalan bagi memotong 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018.
Setakat ini, kesan daripada pemotongan bekalan oleh OPEC dilihat memberi kesan yang minima kepada pasaran disebabkan pengeluaran yang semakin meningkat dari negara-negara lain di seluruh dunia.
Pasaran akan terus meneliti data-data inventori minyak mentah dari US dan juga retorik terkini dari pemimpin tertinggi OPEC berkaitan trend pergerakan pasaran komoditi hitam.
The post Minyak Mentah Sedikit Pulih Dalam Sesi Eropah, Lambakan Stok Masih Menekan Harga appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTFfKf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Minyak Mentah Sedikit Pulih Dalam Sesi Eropah, Lambakan Stok Masih Menekan Harga
Anda sedang baca artikel Minyak Mentah Sedikit Pulih Dalam Sesi Eropah, Lambakan Stok Masih Menekan Harga dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/minyak-mentah-sedikit-pulih-dalam-sesi.html
0 Response to "Minyak Mentah Sedikit Pulih Dalam Sesi Eropah, Lambakan Stok Masih Menekan Harga"
Catat Ulasan