Loading...

Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus

Loading...
Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus
link : Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus

Baca juga


Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus

SEMPORNA: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan perlu memastikan mekanisme kutipan cukai pelancongan baharu terhadap penginapan di premis berdaftar semalam yang bakal dilaksanakan bermula 1 Julai ini adalah teratur, betul dan telus, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau yang menyuarakan keprihatinan mengenai perkara itu berkata hotel sebagai agensi pengutip cukai baharu itu perlu telus dan daripada itu kerajaan boleh memperoleh pulangan pendapatan besar seterusnya digunakan kembali kepada rakyat.

"Untuk masa ini pihak hotel perlu membuat pengiraan cukainya kerana kutipan cukai itu masih berada dalam pendapatan hotel," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan Ramadan kepada kira-kira 700 penduduk Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Air di sini.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata pelaksanaan cukai pelancongan yang menyaksikan kadar antara RM2.50 sehingga RM20 dikenakan kepada pelancong di dalam dan luar negara bagi penginapan semalam, akan diteruskan mulai 1 Julai ini.

Menurut Mohamed Nazri pelaksanaan kutipan cukai itu akan dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar serta dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Dalam pada itu, Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya menyarankan agar Kementerian Pelancongan serta agensi berkaitan dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai cukai pelancongan yang baharu ini termasuk mengadakan jerayawara agar perkara itu tidak dipolemikkan blok pembangkang.

"Cukai ke atas pelancong luar adalah biasa tetapi apabila membabitkan pelancong tempatan akan sedikit menimbulkan kesukaran untuk pengusaha hotel menerangkan (perkara itu).

"Akta ini sudah cantik tetapi biarlah mekanisme diguna pakai memberi manfaat konsisten kepada semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat," katanya.

Penginapan lima bintang akan dikenakan RM20 bagi setiap malam; empat bintang (RM10); tiga hingga empat bintang (RM5); dan premis penginapan tiada penarafan (RM2.50).

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMhV2h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus

Itulah artikel Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/mekanisme-kutipan-cukai-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus"

Catat Ulasan

Loading...