Loading...

Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid

Loading...
Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid
link : Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid

Baca juga


Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak perlu menjadi samseng agama apabila membidas tindakan juruterbang AirAsia yang meminta penumpang penerbangan Perth-Kuala Lumpur berdoa ketika pesawat mengalami masalah teknikal.

Ahli Majlis Syura Isma, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, tindakan Zaid itu seperti menafikan hak orang lain untuk hidup beragama.

“Jika Zaid mahu sekadar mati beragama -minta dikebumikan mengikut aturan agama, maka dia jangan membidas kemahuan orang lain untuk hidup beragama,” katanya.

Beliau berkata demikian respon kepada tindakan Zaid yang mendakwa syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya.

“Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth menghadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.

“Juruterbang seharusnya memberi harapan, dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang.Sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama; lantik imam dan paderi yang betul,” tulis Zaid di Twitternya.

Pesawat AirAsia milik Malaysia dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal. Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.


Thus Article Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid

Itulah artikel Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/marah-minta-penumpang-berdoa-abaikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid"

Catat Ulasan

Loading...