Loading...
Tajuk : Malaysia, Singapura buru kemenangan
link : Malaysia, Singapura buru kemenangan
Malaysia, Singapura buru kemenangan
ARKIB : 03/06/2006
SEREMBAN - Malaysia dan Singapura masing-masing tetap memburu kemenangan biarpun hanya akan bertembung sekali lagi dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi di sini, malam ini.
Jurulatih Malaysia, Norizan Bakar turut mahukan anak buahnya mempamerkan aksi terbaik kali ini bagi menebus kembali kekalahan mereka 4-5 menerusi penentuan penalti selepas terikat 0-0 di Stadium Nasional, Singapura dalam siri pertama, Rabu lalu.
“Kita memandang serius setiap perlawanan yang akan berlangsung dan akan menurunkan skuad yang terbaik untuk menghadapi lawan,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
“Kita mempunyai gandingan mantap 22 pemain gabungan daripada pemain Bawah 23 Tahun dan tonggak senior untuk dipertaruhkan dalam memburu kemenangan di sini,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Singapura, Radjoko Avramovic berkata, pertemuan malam ini dijangka sengit selain meriah kerana mungkin dibanjiri penonton tempatan yang mahu merayakan majlis penyerahan trofi Liga Super kepada Negeri Sembilan.
“Keadaan ini pastinya akan memberikan peluang kepada pemain muda Singapura untuk belajar bermain di hadapan penonton yang ramai,” kata jurulatih dari Serbia-Montenegro itu
Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2tdMXRX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Malaysia, Singapura buru kemenangan
Itulah artikel Malaysia, Singapura buru kemenangan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Malaysia, Singapura buru kemenangan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/malaysia-singapura-buru-kemenangan.html
0 Response to "Malaysia, Singapura buru kemenangan"
Catat Ulasan