Tajuk : Malaysia kesal keputusan AS tarik diri daripada perjanjian iklim
link : Malaysia kesal keputusan AS tarik diri daripada perjanjian iklim
Malaysia kesal keputusan AS tarik diri daripada perjanjian iklim
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa AS ialah penyumbang utama kepada tindakan iklim.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata penarikan diri AS merupakan pembatasan serius kepada usaha-usaha pelaksanaan yang diperlukan bagi negara membangun untuk meningkatklan langkah-langkah penyesuaian dan tindakan mitigasi.Selain itu, katanya, tindakan AS itu akan menghalang usaha oleh negara-negara membangun bagi membina kapasiti yang diperlukan untuk pelaksanaan tindakan ini dan meningkatkan ketelusan bagi melaporkan mengenai Nationally Determined Contribution (NDC).
"Malaysia masih berharap bahawa pentadbiran AS akan terus menyokong kesepakatan mengenai pelaksanaan Perjanjian Paris sebagai satu-satunya cara berdaya maju ke hadapan untuk menangani krisis iklim," kata Wan Junaidi.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan menarik keluar AS daripada perjanjian tersebut.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsGJur
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Malaysia kesal keputusan AS tarik diri daripada perjanjian iklim
Anda sedang baca artikel Malaysia kesal keputusan AS tarik diri daripada perjanjian iklim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/malaysia-kesal-keputusan-as-tarik-diri.html
0 Response to "Malaysia kesal keputusan AS tarik diri daripada perjanjian iklim"
Catat Ulasan