Loading...

Malaysia ikat Afrika Selatan

Loading...
Malaysia ikat Afrika Selatan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia ikat Afrika Selatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia ikat Afrika Selatan
link : Malaysia ikat Afrika Selatan

Baca juga


Malaysia ikat Afrika Selatan



ARKIB : 17/07/2006

KUALA LUMPUR – Skuad Olimpik Malaysia mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan skuad Olimpik Afrika Selatan dalam perlawanan pertama, daripada dua perlawanan yang dijadualkan di Katlehong dalam siri Jelajah Bola Sepak di Afrika Selatan, kelmarin.

Pasukan negara, yang sebelum ini seri 2-2 dalam aksi persahabatan dengan kelab tempatan, Wit University di Strruck Park, Selasa lalu akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan kedua, hari ini.

Kelmarin, pasukan bimbingan jurulatih, B. Sathianathan itu mempamer aksi seimbang dengan Afrika Selatan dan hampir memperoleh gol pertama menerusi Mohd. Shakir Shaari pada minit 27, namun rembatannya dari luar kotak penalti sedikit tersasar dari pintu gol.

Benteng pertahanan Malaysia wajar dipuji apabila berjaya mematahkan percubaan Afrika Selatan, yang sering melancarkan serangan bertali arus dan memiliki barisan pemain yang jauh lebih berpengalaman.

Pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol negara, Mohd. Farizal Harun yang banyak menyelamatkan percubaan lawan.

Selepas babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, pasukan negara cuba bangkit dengan aksi agresif di separuh masa kedua, dan memperoleh percubaan terbaik menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49.

Tendangan lambungnya hampir mengelirukan penjaga gol Arika Selatan, yang bagaimanapun berjaya menepis bola untuk kedudukan terikat 0-0 hingga tamat permainan.

Menurut jurulatih negara, B. Sathianathan, keputusan perlawanan di Afrika Selatan akan menjadi gelanggang utama buatnya untuk menentukan barisan pemain yang bakal membawa cabaran Malaysia pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008, yang akan di Beijing

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2tXhWj2
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia ikat Afrika Selatan

Itulah artikel Malaysia ikat Afrika Selatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia ikat Afrika Selatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/malaysia-ikat-afrika-selatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia ikat Afrika Selatan"

Catat Ulasan

Loading...