Loading...

Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?

Loading...
Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?
link : Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?

Baca juga


Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?


JIKA sebelum ini kecoh apabila ada pihak mahu mengadakan perarakan kesedaran mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Universiti Taylor, Petaling Jaya pada awal Jun lalu.

Acara tersebut terpaksa dibatalkan susulan bantahan orang ramai dengan alasan acara itu berlangsung pada bulan Ramadan.

Kali ini, satu lagi program yang didakwa mempunyai kaitan dengan LGBT iaitu majlis berbuka puasa membabitkan golongan gay dikatakan terbesar di Malaysia.

Sebuah blog, Menara.my melaporkan, Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun lalu.

Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat peguam di Bangsar.

Numan yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.

Difahamkan, program berbuka puasa itu turut dihadiri mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempen, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.

Program tersebut turut menayangkan filem berlatar belakangkan perjuangan gay dan bacaan puisi.


Sementara itu, menerusi Twitter Pelangi Campaign, badan bukan kerajaan (NGO) itu mengadakan hari memperingati pengamal LBGT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu.

Pada posting yang bertarikh 10 Jun itu, Pelangi Campaign turut memuat naik gambar sekitar aktiviti mereka yang dinamakan sebagai ‘Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity’ termasuk mengadakan forum dan tayangan filem.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada program tersebut adalah majlis berbuka puasa untuk golongan LGBT atau hanya program memperingati mangsa korban di Orlando, Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?

Itulah artikel Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/majlis-iftar-gay-terbesar-di-malaysia_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?"

Catat Ulasan

Loading...