Loading...

Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa

Loading...
Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa
link : Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa

Baca juga


Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa

KUALA SELANGOR: Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang dirasmikan pada Khamis mampu memberi pembelaan sewajarnya terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seks.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sebelum ini terdapat banyak kes melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak dapat diteruskan akibat kekurangan bukti dan ini dilihat dapat diatasi dengan penubuhan mahkamah berkenaan.

"Mahkamah ini direka untuk memberi ketenteraman kepada kanak-kanak mangsa jenayah seksual agar mereka dapat memberi lebih banyak maklumat mengenai kejadian yang menimpa mereka.

Dengan ditemani kaunselor yang terlatih daripada kementerian, kami percaya mangsa akan dapat memberi lebih banyak maklumat dan bukti terhadap kelakuan berkenaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai mahkamah khas itu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gema Kasih Sukarelawan Homehelp Kuala Selangor di Sekolah Kebangsaan Datuk Maharaja Lela, di sini pada Khamis.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Mahkamah yang terletak di Istana Kehakiman, Putrajaya itu merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dirasmikan pada Khamis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahkamah itu yang dijangka mempercepat dan melancarkan semua prosiding serta perbicaraan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak akan memberi tumpuan kepada kes seperti pornografi, antun seksual dan serangan seksual selaras dengan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat. .

Terdahulu, pada program itu, Rohani mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Parlimen Kuala Selangor bagi mempergiat lagi penganjuran program-program kemasyarakatan membabitkan lapan golongan sasar KPWKM.

"... dan terpulang kepada anggota Parlimen untuk membahagikan peruntukkan berkenaan kepada program golongan sasar yang antaranya terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warna emas dan ibu tunggal," katanya.

Sementara itu, Irmohizam berkata tumpuan akan diberikan kepada penganjuran program-program latihan kemahiran bagi meningkatkan keupayaan golongan sasar seperti ibu tunggal dan OKU.

"Kawasan Kuala Selangor ini mempunyai bilangan ibu tunggal yang agak tinggi dan adalah wajar untuk kami menyediakan satu latihan kemahiran agar mereka dapat berdikari, " katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s169hB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa

Itulah artikel Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/mahkamah-jenayah-seksual-kanak-kanak_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa"

Catat Ulasan

Loading...