Loading...

Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa

Loading...
Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa
link : Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa

Baca juga


Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa

BESUT: Dalam kesibukan umat Islam dan kegirangan anak-anak menyambut kedatangan satu Syawal, lima beradik dari Taman Perwira, Tok Saboh di sini  diruntun sedih mengenangkan nasib mereka.

Detik berbaki beberapa hari lagi dirasai seperti duri berbisa menusuk hati mereka memandangkan ibu mereka, satu-satunya tempat mereka bergantung hidup, bertarung nyawa sedang menderita menghidap kanser payu dara tahap empat.

Si ibu, Akma Ismail, 41, yang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dengan keadaan yang sudah tidak menentu kini hanya bergantung kepada bantuan alat penafasan.

Menurut anak sulung kepada keluarga itu, Mohd Azri Irfan Zahari, 14, ibunya hanya dikesan menghidap kanser payu dara seminggu lalu dan terlantar di HUSM.

Semenjak dimasukkan ke HUSM, Mohd Azri Irfan bersama adiknya Mohd Azri Imran, 13, terpaksa tidak ke sekolah kerana menjaga ibunya di hospital.

Ibu mereka sudah berpisah dengan bapa mereka sejak tiga tahun lalu.

Selepas itu segala tugas dipikul oleh ibunya dengan memperolehi pendapatan hasil menjahit baju dan pakaian di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tempat kediaman mereka.

Mohd Azri Irfan dan Mohd Azri Imran mempunyai tiga adik-beradik lain iaitu Azrin Elia Balkis, 11, Mohd Aziq Israf, 6, dan Azlini Elisya Qistina, 3.

Walaupun baju raya sepasang seorang untuk lima beradik ini sudah dibeli oleh ibunya sebelum dimasukkan ke wad HUSM, namun satu Syawal yang bakal menjelang tiba nanti tidak dinantikan oleh mereka.

“Kurang (gembira), sebab Along kurang yakin dengan ketiadaan ibu untuk menggalas amanah (menjaga) adik-adik. Sudah seminggu (ibu masuk hospital), masih lemah. Minta bantuan ibu-ibu saudara. Tidak mahu berpisah. Harapan tu agar ibu tidak tinggalkan lagi adik-adik, saya tidak sedia pikul amanah,” kata Mohd Azri Irfan ketika ditemui Astro AWANI.

Walaupun lima beradik ini mempunyai datuk dan nenek yang tinggal berdekatan serta menguruskan adik-adiknya sejak seminggu lalu, namun ikatan kasih antara ibu mereka amat mendalam.

Mohd Azri Irfan dan Mohd Azri Imran kini tabah menjaga ibu mereka di hospital kini, manakala tiga adik mereka ditinggalkan bersama datuk dan nenek mereka.

Di saat ibu mereka bertarung nyawa lima beradik hanya mampu berdoa agar ada keajaiban penyembuh sakit ibu mereka agar Syawal kali ini dapat diraikan bersama dengan lebih bermakna.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXt8i7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa

Itulah artikel Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/luluh-hati-lima-beradik-menyambut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa"

Catat Ulasan

Loading...