Loading...

Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot

Loading...
Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot
link : Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot

Baca juga


Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot




Lubnan mengharamkan penyiaran filem blockbuster Hollywood ‘Wonder Woman’ kerana pelakon utamanya Gal Gadot pernah berkhidmat sebagai tentera rejim Zionis. Keputusan itu mencetuskan debat hangat di media sosial dengan segelintir rakyat menyelar pengharaman manakala sebahagian lain memujinya sebagai menunjukkan pendirian dalam kempen memencilkan Israel. 

Akibatnya, poster promosi filem Wonder Woman di Beirut terpaksa diturunkan serta-merta. Seorang pegawai Keselamatan Awam Lubnan memberitahu AFP, kementerian dalam negeri memutuskan ‘melarang penyiaran filem ini berdasarkan saranan Pejabat Boikot Israel Liga Arab.’

Tidak kurang yang mengkritik keputusan itu. Seorang blogger, Elie Fares menuduh kerajaan tidak konsisten kerana pernah menyiarkan filem lakonan Gal di Lubnan sebelum ini.

“Kerajaan tiba-tiba bangkit dari tidurnya dan menunjukkan pendirian dengan cara ini, pada hal filem ini sudah diumumkan penyiarannya sejak tiga tahun lalu. Sepatutnya kita dibiarkan memilih sendiri. Jika kamu ada masalah dengan isi kandungan filem, pelakonnya atau apa saja, mudah saja. Jangan menontonnya,” katanya.

Setakat ini, Lubnan satu-satunya negara Arab mengharamkan Wonder Woman yang akan ditayangkan di Mesir, Algeria serta Tunisa lewat bulan ini.

Lubnan dan Israel secara teknikal masih berperang dan Liga Arab mengekalkan pejabatnya di Damsyik yang bertanggungjawab menyelaraskan pemulauan terhadap negara Yahudi itu di peringkat serantau.

Kementerian ekonomi dan kebudayaan Lubnan yang memantau pemulauan terhadap produk Israel di dalam negara menyarankan filem itu diharamkan selepas memohon pejabat Liga Arab mengeluarkan perintah seumpama itu terhadap semua filem lakonan pelakon berusia 32 tahun itu.

Gal yang seperti kebanyakan golongan muda Israel diwajibkan menyertai program kerahan tenaga dan pernah menyuarakan sokongan terhadap tindakan Israel menyerang Hamas di Semenanjung Gaza.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suL67E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot

Itulah artikel Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/lubnan-haramkan-wonder-woman-kerana-gal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot"

Catat Ulasan

Loading...