Loading...

Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh

Loading...
Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh
link : Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh

Baca juga


Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh


PERMAISURI: “Lebih 70 kali kenderaan terbabas dan merempuh rumah kami sejak enam tahun lalu,” kata Romly Ismail, 61, yang menetap di pekan Sungai Tong, di sini.

Berkongsi cerita, Romly yang juga pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kediamannya yang terletak di Kilometer (KM) 48 arah Kuala Terengganu, sering dirempuh kenderaan yang terbabas ketika musim hujan terutama selepas melalui selekoh tajam pada waktu subuh dan lewat petang.

“Bukan sekali dua, tetapi puluhan kemalangan berlaku sejak kerja menaik taraf dan melebarkan jalan di hadapan rumah kami dilakukan sekitar 2011.

“Kebanyakan kejadian berlaku selepas pemandu gagal mengawal kenderaan disebabkan permukaan jalan licin lalu terbabas ketika melalui selekoh tajam dan akhirnya rumah kami menjadi sasaran,” katanya yang ditemui di rumahnya di Sungai Tong, di sini.

Menurut Romly, selain rumahnya yang dihuni enam sekeluarga itu, turut menjadi sasaran ialah kediaman orang tuanya yang tinggal berjiran.

Kejadian terbaru pada 27 Mei lalu (1 Ramadan) membabitkan kemalangan maut antara treler dengan kenderaan pacuan empat roda berhampiran hadapan rumahnya.

“Sebelum itu, pada 1 April lalu Perodua Myvi dipandu seorang wanita juga terbabas ke kawasan garaj rumah saya dan merempuh dua kereta yang diparkir di situ sebelum merempuh dinding rumah orang tua saya.

“Kesan rempuhan kuat menyebabkan berlaku keretakan pada dinding rumah dan bumbung garaj juga tercabut. Kereta saya yang diparkir juga mengalami kerosakan hingga terpaksa membuat tuntutan insurans untuk membaikinya.

“Bukan semua pemandu sanggup bayar ganti rugi untuk membaiki kerosakan ini, jadi terpaksa saya tanggung sendiri kerugian itu,” katanya.

Romly berkata, setakat ini tidak ada lagi kenderaan terbabas ke dalam rumah dan hanya membabitkan kawasan hadapan serta bersebelahan rumahnya.

“Bagaimanapun, saya tetap risau dan bimbang keselamatan kami sekeluarga terutama apabila semua anak cucu berkumpul di sini ketika musim cuti persekolahan.

“Saya berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini terutama untuk mengurangkan risiko kenderaan terbabas di kawasan selekoh berhampiran.

“Kami minta pihak berkaitan ambil tindakan terbaik dengan memperbanyakkan papan tanda amaran supaya pengguna jalan raya tidak memandu terlalu laju dan lebih berwaspada di kawasan ini,” katanya.

Romly berkata, setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengambil tindakan dengan meletakkan benteng batu untuk menghalang kenderaan terbabas ke kawasan rumahnya.

“Walaupun lega dengan tindakan itu, kami tetap risau dengan sikap segelintir pemandu masih memandu laju ketika melalui selekoh tajam tanpa mengetahui kawasan rumah kami kerap menjadi lokasi kemalangan maut.

“Saya harap apabila lebih banyak papan tanda amaran diletakkan di kawasan ini dan lampu jalan sentiasa berkeadaan elok, ia akan dapat mengurangkan kes kemalangan di sini,” katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sN3GvZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh

Itulah artikel Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/lebih-70-kali-rumah-dirempuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebih 70 Kali Rumah Dirempuh"

Catat Ulasan

Loading...