Tajuk : LAPORAN DOJ: RAKYAT PERLU TUNTUT PERUBAHAN
link : LAPORAN DOJ: RAKYAT PERLU TUNTUT PERUBAHAN
LAPORAN DOJ: RAKYAT PERLU TUNTUT PERUBAHAN
SHAH ALAM – Sudah tiba masanya untuk rakyat bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menegakkan keadilan negara yang telah lama dicemaritermasuk isu penyelewengan sebahagian wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah berkata, rakyat komited untuk menjadi pengundi yang dapat melaksanakan perubahan dan menukar tampuk pemerintahan Persekutuan.
“Saya meneliti laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat mengenai sebahagian wang 1MDB yang telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang berkait rapat dengan pemimpin Umno-BN bagi tujuan peribadi.
“Laporan 251 muka surat tersebut menyatakan secara terperinci bagaimana wang 1MDB yang sepatutnya dimanfaatkan untuk rakyat Malaysia telah disalahgunakan untuk membiayai beberapa perkara yang tidak menguntungkan rakyat sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mewakili suara rakyat Malaysia, PKR bersama Pakatan Harapan akan berterusan mempersoalkannya selagi tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati semua pihak.
“Meskipun hakikatnya kesemua usaha untuk meminta pihak berkuasa menyiasat dan membawa dalang skandal ke kandang mahkamah telahpun ditutup sedaya upaya oleh pihak Kerajaan Persekutuan yang didalangi oleh Umno BN,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai isu ini ditolak mentah-mentah untuk dibawa ke sidang Parlimen tergempar jelas menunjukkan kerajaan Umno-BN seolah-olah cuba melengah-lengahkan isu ini.
“Meskipun Azalina menjelaskan isu ini boleh dibawa pada sidang Parlimen akan datang melalui sesi pertanyaan Menteri, kenyataan ini merupakan cubaan untuk mengaburi pemikiran rakyat.
“Sedangkan seperti yang diketahui pada sesi Parlimen lepas, Speaker Dewan tidak membenarkan mana-mana ahli Parlimen pembangkang untuk menanyakan isu perihal 1MDB atas alasan perkara ini adalah subjudis dan sedang dalam siasatan,” ujarnya.
Beliau berkata, pimpinan Pakatan Harapan terus komited dalam menekan pihak berkuasa agar sentiasa adil dan telus dalam melaksanakan tugas.
Laporan-laporan polis berkaitan isu skandal ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa serta dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu sebagai maklumat yang perlu dipandang serius.
“Seperti semua ketahui negara-negara luar telah melalui proses siasatan 1MDB, antaranya Switzerland, Australia dan Singapura.
“Pakatan Harapan memberi jaminan jika diberi peluang untuk membentuk kerajaan Persekutuan, siasatan besar-besaran akan dilaksanakan terhadap setiap pemimpin, hartawan, kumpulan sokongan dan juga pihak yang terbabit dalam skandal 1MDB dan juga kes-kes rasuah yang melibatkan pimpinan atasan Umno-BN,” katanya.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXkKdH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article LAPORAN DOJ: RAKYAT PERLU TUNTUT PERUBAHAN
Anda sedang baca artikel LAPORAN DOJ: RAKYAT PERLU TUNTUT PERUBAHAN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/laporan-doj-rakyat-perlu-tuntut.html
0 Response to "LAPORAN DOJ: RAKYAT PERLU TUNTUT PERUBAHAN"
Catat Ulasan