Tajuk : Lambakan Minyak Mentah Masih Mempengaruhi Sentimen Semasa Komoditi Hitam
link : Lambakan Minyak Mentah Masih Mempengaruhi Sentimen Semasa Komoditi Hitam
Lambakan Minyak Mentah Masih Mempengaruhi Sentimen Semasa Komoditi Hitam
Harga minyak menjunam hampir 1 peratus dalam dagangan sesi Asia pada hari Jumaat selepas kebimbangan berterusan terhadap lebihan minyak mentah walaupun data inventori menunjukkan pengurangan minyak mentah melebih jangkaan awal penganalisis.
Brent mentah yang menjadi penanda aras minyak global kali terakhir dinilai menjunam sebanyak 39 sen atau 0.77 peratus kepada $50.25 setong.
WTI mentah pula mengalami kejatuhan sebanyak 45 sen atau 0.93 peratus kepada $47.91 setong.
Data rasmi menunjukkan bahawa inventori minyak mentah di Amerika Syarikat iaitu pengguna minyak utama di dunia jatuh mendadak minggu lepas selepas data penapisan dan eksport minyak mentah melonjak ke paras tertinggi.
Stok minyak mentah telah menurun kepada 6.4 juta tong pada minggu berakhir 26 Mei mengatasi jangkaan penurunan sebanyak 2.5 juta tong.
Walaupun kejatuhan inventori ini dapat dinilai sebagai faktor sokongan kepada harga minyak, pengeluaran minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 9.35 juta tong sehari pada minggu lepas.
Lonjakan pengeluaran AS telah menambahkan tekanan kepada usaha OPEC untuk membendung jumlah bekalan minyak mentah global yang tidak terjual bagi menaikkan harga.
Seminggu yang lalu, OPEC dan beberapa pengeluar lain telah bertemu di Vienna bagi membincangkan isu lebihan bekalan dan melanjutkan pemotongan bekalan merangkumi suku pertama tahun 2018.
Data NFP dijangka Positif, US Dollar Melonjak!
The post Lambakan Minyak Mentah Masih Mempengaruhi Sentimen Semasa Komoditi Hitam appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skxMn8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lambakan Minyak Mentah Masih Mempengaruhi Sentimen Semasa Komoditi Hitam
Anda sedang baca artikel Lambakan Minyak Mentah Masih Mempengaruhi Sentimen Semasa Komoditi Hitam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/lambakan-minyak-mentah-masih.html
0 Response to "Lambakan Minyak Mentah Masih Mempengaruhi Sentimen Semasa Komoditi Hitam"
Catat Ulasan