Loading...

Laluan mudah Selangor, Pahang

Loading...
Laluan mudah Selangor, Pahang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Laluan mudah Selangor, Pahang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Laluan mudah Selangor, Pahang
link : Laluan mudah Selangor, Pahang

Baca juga


Laluan mudah Selangor, Pahang



ARKIB : 04/06/2006
SEREMBAN - Dua gergasi bola sepak, Selangor dan Pahang merintis laluan paling mudah pada perlawanan playoff ke Liga Super musim depan apabila diundi bertemu dua pasukan berstatus kelab.

Selangor yang menduduki tangga tercorot Liga Super musim ini, diundi berdepan Johor FC apabila saingan pertama playoff bermula 18 Jun ini.

Manakala Pahang yang baru dinobatkan selaku juara Piala FA pula diundi menentang Brunei DPMM.

Atas kertas, Selangor dan Pahang dijangka mudah menyekat dua lawan berstatus kelab buat mencuri tempat untuk beraksi ke Liga Super musim depan.

Berlainan pula nasib buat Sarawak yang diundi bertemu PKNS manakala Terengganu berdepan tugas paling getir menentang Sabah.

Saingan playoff pertama berlangsung pada 18 Jun manakala saingan kedua pula pada 21 Jun.

Daripada lapan pasukan yang mengharungi playoff pertama secara timbal-balik, empat pasukan yang menang akan layak terus ke Liga Super.

Lapan pasukan yang telah layak secara automatik ialah Negeri Sembilan Naza, Telekom Melaka, Perak, Pulau Pinang E&O, MPPJ, Perlis, Melaka dan Kedah.

Bagaimanapun pasukan yang tewas pada saingan pertama playoff masih berpeluang untuk mengisi dua lagi tempat ke Liga Super.

Empat pasukan kalah akan mengharungi satu lagi perlawanan playoff timbal-balik.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2sbEgbj
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Laluan mudah Selangor, Pahang

Itulah artikel Laluan mudah Selangor, Pahang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Laluan mudah Selangor, Pahang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/laluan-mudah-selangor-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Laluan mudah Selangor, Pahang"

Catat Ulasan

Loading...